“Duhai perempuan, wajib jauhi jantan yang buka aib mu” – Status Ayoh, Ismail Embong Perli Siapa?

Lawak & Seram

BAPA pelakon Emma Maembong iaitu pelukis terkenal Ismail Embong memuat naik kenyataan mengingatkan wanita agar menjauhi lelaki yang tidak berguna.

Ismail, 70, menerusi Facebooknya pada Khamis berkata, lelaki yang membuka aib seorang wanita hanyalah mempunyai niat jahat.

“Duhai perempuan, wajib jauhi jantan yang buka aib mu, dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat dan keluarga,” tulisnya.

Perkongsian Ismail yang menggunakan akaun Maembong Ayoh itu menerima 50 perkongsian di laman sosial itu.

Status bapa Emma Maembong di laman sosial pada Khamis.

Rata-rata netizen meminta pelukis itu bersabar dan menasihati anaknya untuk kembali berhijab.

Pada Rabu, dunia hiburan dikejutkan dengan keputusan Emma Maembong untuk tidak lagi bertudung selepas lima tahun berpenampilan muslimah berhijab.

Emma menjelaskan keputusan yang dibuat itu adalah kehendakknya sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Foto Emma tidak bertudung tersebar bersama Syed Abdullah baru-baru ini.

Dia juga meminta orang ramai tidak menjadikannya contoh yang baik untuk diikuti.

Keputusan Emma itu dibuat ekoran kontroversi beberapa fotonya tidak bertudung tersebar di laman sosial pada akhir Januari lalu.

Foto tersebut diambil ketika dia bercuti bersama kekasihnya abang Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah.

sumber:mstar

Artikel berkaitan:

Komen Micheal Ang

Sejak beberapa minggu ini, makin HANGAT pula isu membabitkan pelakon terkenal, Emma Maembong sehinggakan pengarah terkenal, Michael Ang turut mengulas mengenai isu terbabit apatah lagi Emma pernah menjadi bekerja dengan syarikat produksinya

Sebelum ini, Michael Ang pernah mengulas isu tudung on dan off seseorang individu namun kini netizen ingin mendengar kata pengarah ini mengenai Emma pula.

Menurut Michael Ang, yang penting Emma memberitahu kepada orang ramai bahawa dia tidak mahu bertudung kerana tak bersedia.

” Sebenarnya kalau sesetengah orang tu tak bersedia untuk tak bertudung, biarlah dia tak bertudung!  sekurang-kurangnya dia (Emma) memaklumkan kepada semua orang, daripada sesetengah wanita yang dah lama pakai tudung tapi sebenarnya tak nak bertudung. Itu Munafik namanya. Yang penting hati kena bersih”- katanya dalam video yang dimuatnaik di Instagram.

Dalam perkembangan lain,  seperti yang dilaporkan oleh BH Online, keputusan untuk Emma tidak bertudung adalah bukan keputusan yang tergesa-gesa dan sudah lama difikirkan. Dia juga sudah bersedia sekiranya ada peminat memboikot drama lakonannya selepas kecewa dengan keputusan ini.

Komen netizen

sumber: Hangat

kredit: menujukebenaran