“Dulu Hidung Tak La Macam Senapang Sangat”- Comel Foto Sewaktu Kecil, Netizen Pula Mengusik Hidung Zizan.

Hiburan

Pelawak dan pelakon, Zizan Razak mengimbas kembali kenangan sewaktu kecil bersama abangnya, Hafiza Razak.

Zizan berkongsi foto ‘throwback’ itu menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya sempena  ulang tahun kelahiran abang kesayanganya.

“Happy birthday to my big brother @hafizarazak semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Sentiasa dilindungi Allah dan panjang umur. #happybirthday #sibling,” tulisnya.

 

Bagaimanapun, apa yang menarik perhartian bukanlah gelagat Zizan di dalam foto tersebut sebaliknya bahagian hidungnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya meninggalkan coretan berbentuk gurauan semata-mata untuk mengusik Zizan.

sumber : astro gempak