‘Dulu saya marah dia muat naik gambar ini, tapi sekarang…’ – Ifan Seventeen

VOKALIS band Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan, meminta agar sesiapa yang ada menyimpan gambar isterinya yang terkorban dalam tragedi tsunami Sabtu lalu, agar dapat berkongsi gambar-gambar itu dengannya.

Ini kerana, kata Ifan, banyak gambar kenangan bersama Allahyarham isterinya, Dylan Sahara, disimpan dalam telefon pintarnya yang hilang sewaktu tsunami Selat Sunda itu melanda.

“Minta tolong sesiapa yang ada gambar Dylan, hantarkan ke DM (direct message) saya.

“Sedih sangat kerana gambar Allahyarham yang ada dengan saya sangat sedikit,” tulis Ifan pada satu entri di akaun Instagramnya.

Dalam entri itu juga, Ifan mengimbau kenangan, bagaimana isteri yang dikahwini pada 2016 itu cukup gemar mengambil banyak gambar, walaupun dengan gaya dan di lokasi yang sama.

“Biasalah perempuan, di mana sahaja suka mengambil gambar berdua. Sampai kadang-kadang dia akan memaksa saya demi mendapatkan gambar yang cantik.

“Seperti gambar ini, dulu saya marah apabila dia muat naik. Tetapi sekarang ia jadi kenangan yang sangat indah,” tulis Ifan lagi.

Dalam kejadian 22 Dis lalu, Ifan bukan sahaja kehilangan isterinya, tetapi juga empat sahabat baiknya, termasuk tiga anggota Seventeen yang lain.

sumber: Astro Awani

Artikel Berkaitan

Lagu ‘Kemarin’ nyanyian Ifan (Seventeen) bagai untuk diri sendiri

KEJADIAN tsunamii yang melanda Selat Sunda, Indonesia malam Sabtu lalu yang mengorbankan tiga ahli kumpulan Seventeen dan isteri vokalisnya Ifan menyentuh hati netizen.

Pengurus penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga penulis lirik Rozi Abdul Razak turut tersentuh dengan lagu Kemarin nyanyian Ifan yang dianggap seperti dinyanyikan buat dirinya sendiri.

Ifan atau Riefan Fajarsyah, 35, terselamat dalam bencanaa alam itu namun isterinya Dylan Sahara ditemui matii.

“Beberapa hari ini, saya tidak putus-putus membaca, melihat, menanti berita terbaru mengenai musibahh tsunamii yang salah satunya mengenai band Seventeen.

Status Rozi yang akui sedih dengan berita bencana alam tersebut.

“Saya juga menggemari muzik seberang, band Seventeen ini adalah di antaranya yang saya ikut termasuk mempunyai playlist lagu mereka seperti Selalu Mengalahdan Kemarin.

“Lagu Kemarin ini, didengar kala ini sangat dalam rasa sedihnya, persis menceritakan sendiri bagaimana @ifanseventeen Ifan (vokalis) kehilangan semua rakan band dan isteri tersayang. Lagu ini seperti dinyanyikan buat dirinya sendiri kala ini,” tulisnya di Instagram.

Rozi berkata, dia juga tersentuh apabila membaca status-status penyanyi berkenaan yang menzahirkan rasa kasih, sayang dan cinta yang mendalam kepada isterinya.

“Saya baca posting beliau di Instagram pada detik-detik masih bersama isterinya, saat beliau mencari isterinya yang belum ditemui akibat musibah itu dan setelah menemui arwahh isterinya juga.

“Tidak hilang kata-kata pujuk, belai, manisnya. Tidak tinggal kata-kata sayang dan cintanya. Meskipun berkata-kata kepada isteri yang kaku dalam kerandaa sebelum persemadian. Mengikhlaskan segalanya buat isteri tercinta, beruntungnya arwah Dylan Sahara, suaminya reda,” tulisnya.

Sementara itu, rata-rata netizen turut bersimpati terhadap kejadian malang yang menimpa kumpulan berkenaan.

Muzik video lagu Kemarin yang dilancarkan pada 21 Disember 2016 itu turut dihujani ucapan takziah peminat-peminat kumpulan itu.

sumber: Mstar

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf