“Ustaz, mahal dan cantik sangat..”- Tiada tangan, kaki… Akak 0KU nangis terima gerai sumbangan Ebit Lew

Keluarga Semasa Viral

NAMA pend4kwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam lapangan kerja kebajikan di negara ini.

Terbaharu, perkongsian Ebit di Facebook mengenai bantuan yang dihulurkan kepada seorang peniaga Orang Kelainan Upaya (OKU) turut mendapat perhatian ramai.

Image may contain: 1 person, eyeglasses, child, outdoor and closeup

Menurut Ebit, pertemuan dengan ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu di Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur men1mbulkan rasa h1ba dalam hatinya.

“Tiada dua tangan dan tiada dua kaki. Kakak ini besarkan dua anak dengan berniaga kuih tepung pelita.

“Hantar ke sana sini. Tiada kedai. Sedap kuih pelita kakak ni buat. Kakak ini rajin sangat. Masa saya sampai kakak ni siapkan makanan nasi penyet ikan keli.

“Sebak pula rasa bila dilayan begitu. Laju kakak ini ke sana sini,” ujarnya di Facebook.

Image may contain: 2 people, people sitting and outdoor

Ded4h Ebit, wanita itu merupakan penerima bantuan duit bulanan zakat dan turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ebit turut seb4k sewaktu bertemu wanita ini.

Namun, atas inisiatif sendiri dia tetap mahu membantu dengan menghadiahkan gerai mudah alik untuk wanita itu.

Sewaktu menyampaikan bantuan berkenaan, wanita itu juga g4gal men4han air mata seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dihadiahkan kepadanya.

“Saya terus belikan awning stall bergerak. Cantik. Bila saya bawa pada kakak ni dia terus men4ngis. Kuat juga menangis.

D0akan buat akak ni ya. Jika siapa berdekatan bolehlah membeli dengan kakak ini.

USTAZ EBIT LEW

“Ya Allah, ustaz… mahal, cantik sangat. Tak mimpi dapat begini. Tak sampai sejam kami dapatkan stall ini,” imbas Ebit lagi.

Ujarnya, wanita itu akan berniaga di hadapan tasik di Sri Rampai.

Selain kuih tepung pelita sebagai menu utama, wanita itu juga akan menawarkan juadah ayam penyet untuk pelanggannya.

Selain tepung pelita, wanita itu juga akan menjual ayam penyet tidak lama lagi.

“Doakan buat akak ni ya. Jika siapa berdekatan bolehlah membeli dengan kakak ini,” ujar Ebit lagi.

Posting yang disertakan dengan beberapa foto itu sehingga kini menerima lebih 200,000 tanda suka dan dihujani lebih 6,000 komen.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira atas bantuan yang disampaikan dan mend0akan kesejahteraan wanita itu serta Ebit sendiri.

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.