(Video) ‘Semua Orang Nak Tengok Kak Lina Dapat Cahaya Mata’ – Elly Mazlein Kegvguran?

Hiburan Keluarga Tempatan

Pasangan suami isteri iaitu Elly Mazlein dan Cikgu Azlan telah mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2020 dan pengenalan mereka juga telah mendapat perhatian ramai. Sudah pastinya peminat tidak sabar untuk melihat Kak Lina Pom Pom mendapat zuriat hasil perkahwinan bersama Cikgu Azlan.

Terbaru, pelakon Kampung People 2 itu mendedahkan kepada Melodi akan berita yang kurang enak didengari. Difahamkan, Elly Mazlein telah mengalami kegvguran dan tidak mahu berita tersebut diketahui peminat.

Kak Lina kegvguran?

Elly Mazlein menjawab spekvlasi mengenai berita keh4milannya yang telah menjadi bualan peminat. Pelakon itu bagaimanapun tidak gemar untuk berkongsi berita kes3dihan yang dihadapi dirinya kepada umum terutama peminat. Dia juga memohon doa dari peminat untuk terus kuat hadapi ujian sebegini.

Kalau boleh Kak Lina lagi nak share benda-benda yang manis je kepada peminat. Benda tak okay, benda yang s3dih, benda yang buat Kak Lina terganggu. Selalunya Kak Lina lebih suka sembunyi, biarlah Kak Lina jadi seperti lilin yang menerangi hidup semua orang.

Kak Lina nak dia orang tahu yang Kak Lina okay. Semua orang dengar cerita baik-baik pasal Kak Lina. Benda yang s3dih-s3dih biar Kak Lina dengan family je tahu. Cuma Kak Lina mohon semua orang doakan yang baik-baik buat Kak Lina.

Percaya susunan Allah itu terbaik

Apabila ditanya mengenai reaksi Cikgu Azlan apabila mengetahui berita kegvguran isterinya, Elly Mazlein hanya mampu memohon agar peminat sentiasa mendoakan supaya mereka segera dapat cahaya mata. Pelakon itu juga kelihatan enggan memberi apa-apa kenyataan berhubung cerita s3dih yang dialami mereka.

Cuma Kak Lina mohon kepada korang semua supaya doakan Kak Lina dapat baby. Kak Lina mengaku jadual kerja busy sampai ke tahun hadapan. Kak Lina percaya susunan Allah itu terbaik. Lambat laun, Inshallah.. Allah akan bagi.

Tak adalah meletakkan kerja itu satu beb4nan sampai Kak Lina tak dapat baby atau berlaku kegvguran dan sebagainya. Kak Lina anggap tak apa… Doakan yang baik-baik, apa yang Allah nak bagi kepada Kak Lina. Kak Lina akan sentiasa bersangka baik dan sentiasa berdoa.

“Saya ikut kata orang tua… kalau baru atau belum apa-apa, tak perlu kongsi lagi” – Elly Mazlein jawab soal h4mil selepas sembilan bulan berkahwin

Semua Orang Nak Tengok Kak Lina Dapat Cahaya Mata' – Elly Mazlein Keguguran?

TERDAHULU, sembilan bulan mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan Che Nuh, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein memberitahu dia dan suami sedang berusaha mendapatkan zuriat.

Bagaimanapun Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, berkata dia akan berkongsi berita gembira tersebut apabila sudah tiba masa yang bersesuaian.

Menurut Elly lagi, dia tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi dalam soal cahaya mata kerana mempercayai perancangan Allah yang sudah tertulis untuknya.

Elly mempunyai seorang cahaya mata perempuan hasil perkahwinan terdahulu.

“Saya ikut kata orang tua… kalau baru atau belum apa-apa, tak perlu kongsi lagi. Insya-Allah kalau sampai masa, ada berita gembira sudah tentu saya akan kongsi dengan semua orang.

“Sebenarnya kalau kita terlalu mengharap, mungkin susah nak dapat. Jadi, kita santai saja sebab Allah akan susun baik untuk kita nanti. Yang penting, jangan terlalu fikir sebab kalau fikir akan tertekan.

“Kita ikut apa yang Allah dah susun sebab Allah sebaik-baik perancang. Tak apa, kita berserah kepada Allah, berusaha dan jalani kehidupan macam biasa serta jangan stress. Insya-Allah akan ada. Cuma cepat atau lambat,” katanya kepada mStar.

Elly ditemui ketika sidang media selepas konsert Big Stage tribute #SandraDalamKenangan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad.

Ada yang boleh terima kalau untuk kebaikan sebab kita pun tak boleh nak sombong.

ELLY MAZLEIN

PENYANYI & PELAKON

Elly mendirikan rumah tangga dengan Azlan yang juga seorang guru pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Pelakon drama Kampung People ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun hasil daripada perkahwinan pertamanya dengan pengarah drama Azmi Hatta.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sabarlah Hati ini memberitahu dia sentiasa mengambil langkah menyekat akaun laman sosial yang meninggalkan komen kerterlaluan.

“Saya memang tidak akan membaca krit1kan atau komen neg4tif. Memang ada masa kita rasa nak tahu, tapi sebenarnya kita tak kuat. Kadang-kadang ada yang komen berlebihan walaupun kita tak begitu.

Elly akan menyekat akaun laman sosial yang meninggalkan komen melampau.

“Kalau nak komen, guna bahasa dan cara yang betul. Saya pernah juga membalas komen sebab orang kutuk kita keterlaluan sangat tapi bila fikir balik, tak pergi mana pun. Kalau ada saja komen yang melampau, kita sekat saja.

“Kalau dia komen begitu bermaksud dia tak suka kita. Kalau dia tak suka, kenapa dia follow kita? Jadi, kita ambil langkah block saja dia. Kita manusia dan bukan saya seorang saja tapi semua orang memang tak boleh terima.

“Ada yang boleh terima kalau untuk kebaikan sebab kita pun tak boleh nak sombong. Tapi kalau penggunaan bahasa itu sengaja nak buat kita rasa down, block saja,” ujarnya.

Sumber: Melodi, Ohbulan, mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.