Gadis Tiba-Tiba Rebah Bukan Kerana K0ronavirus, Keluarga Dedah Hasil Post Mortem “Kemat1annya Cukup Sempurna”.

Hiburan

Sebuah video tular di laman media sosial yang kelihatan seorang gadis di kedai aksesori telefon bimbit di Shah Alam tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Beberapa posting rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 30 saat itu mendakwa gadis terbabit telah dijangkiti wabak coronavirus yang semakin menular di negara ini.

“Dah merebak kat Malaysia”

“Katanya disebabkan virus”

Namun salah seorang ahli keluarga iaitu bapa saudara mangsa tampil memberikan kenyataan di Facebook mengenai kejadian tersebut yang menafikan rakaman tular itu adalah disebabkan jangkitan coronavirus.

Menurut Hafiz Rusidah, hasil bedah siasat mendapati mangsa yang bernama Nur Izzah Izzati adalah disebabkan mati mengejut dan bukan berpunca daripada virus berkenaan.

“Mati itu pasti, tidak cepat atau lambat”

Tambahnya, dia berterima kasih kepada individu yang prihatin mengenai kejadian tersebut dan menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu dan tidak sahih tentang kematian Allahyarham.

“Kematian yang menginsafkan”

Laporan polis yang dibuat rakan sekerja arwah

Beberapa kenalan gadis berusia 20 tahun itu turut menafikan perkara sama dan berharap agar Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman.

Kematian dia sangat sempurna, lengkap menutup aurat

 

Tiada kena mengena dengan coronavirus

sumber : OMM