Related image

Galas Tanggungjawab Sebagai Ibu Tunggal, Sharifah Sofia Sah Berpisah

Hiburan

Pelakon berdarah kacukan, Sharifah Sofia kini menggalas tugas sebagai ibu tunggal selepas berpisah dengan suaminya.

Menerusi laporan HLive, Sofia tidak mendedahkan tarikh perpisahan mereka tetapi semuanya berlangsung dengan baik.

“Saya baru sahaja melepasi episod perceraian bersama suami. Keputusan untuk berpisah bukanlah sesuatu yang mudah.

Image result for sharifah sofia

“Saya mengambil masa dua tahun untuk berfikir mengenainya. Saya mengambil keputusan untuk berpisah dan berbincang dengan bekas suami.

“Ia merupakan perpisahan yang baik dan kami masih berhubung sehingga ke hari ini sebagai kawan baik.

“Kami mengambil keputusan untuk menjaga anak-anak secara bergilir-gilir. Alhamdulillah, saya gembira dengan keadaan sekarang,” kata Sofia.

Sofia atau nama sebenarnya, Sharifah Sofia Syed Hussein berkahwin dengan Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali pada 18 Oktober 2009.

Image result for sharifah sofia

Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera

Sumber Astro Gempak