“MaIu rasanya, sepatutnya saya datang dekat dia”- Farid Amirul tak sangka Dr Zul Al-Bakri masih kenal ‘Detekt1f Lim’

Keluarga Tempatan Viral

PELAKON drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul tidak menyangka dia masih dikenali dan disapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri sewaktu hadir di di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Farid, 55, yang popular menerusi watak Detekt1f Lim, Zulkifli sempat memberikan ucapan tahniah dan sudi membacakan doa selepas dia selesai melangsungkan pern1kahan dengan isteri, Norhayati Abdullah.

“Saya memang tak sangka, kebetulan Datuk Seri ada urusan di sana… dia panggil saya dan sempat d0akan untuk kami. M4lu rasanya, sepatutnya saya yang datang dekat dia, tetapi sebaliknya pula.

“Walaupun pakai pelitup muka, dia masih kenal saya… memang rasa sangat berbesar hati kerana seorang ulama, menteri mend0akan pern1kahan saya ini.

Foto Farid ketika dirakamkan pada Oktober 2010.

“Walaupun s1buk kerana perlu menyelesaikan urusan di tempat lain tapi dia tetap luangkan masa berb0rak dengan kami… dalam banyak-banyak pengantin, dia pilih bercakap dengan saya. Ini merupakan kenangan cukup bermakna buat saya dan isteri,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, menerusi Instagram Zulkifli memaklumkan dia terserempak dengan Farid yang baru selesai melangsungkan pern1kahan.

May be an image of 1 person, standing and headscarf

InsyaAllah, selepas ini jika dibenarkan buat majlis, kami akan adakan majlis resepsi sama ada di Kuala Lumpur atau di kampung halaman isteri di Kuala Krai, Kelantan!

FARID AMIRUL

PELAKON

Dalam kapsyen yang ditulis, Zulkifli turut mend0akan agar hubungan pern1kahan mereka terus berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh serta solehah.

Sementara itu, Farid berkata pern1kahannya dengan Norhayati, 39, berjalan lancar meskipun perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Farid teruja dapat bertemu Zulkifli di hari pern1kahannya.

“Alhamdulillah, semuanya selesai dengan lancar. Sepatutnya ia berlangsung pukul 12 tengah hari tapi dilewatkan sedikit memandangkan ada beberapa pasangan lain sebelum kami.

“Majlis semalam dihadiri lima orang termasuk saya dan juga isteri. Akad n1kah disempurnakan oleh jurun1kah daripada Jawi, Ustaz Maliki.

“InsyaAllah, selepas ini jika dibenarkan buat majlis, kami akan adakan majlis resepsi sama ada di Kuala Lumpur atau di kampung halaman isteri di Kuala Krai, Kelantan,” ujarnya yang turut memaklumkan ini perkahwinan pertama mereka.

 

Sumber: mStar, Facebook Dr Zul Al-Bakri

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.