Good Info! Mira Filzah Kongsi 4 Ayat Untuk Bertutur Dalam Bahasa Isyarat.

Drama terbaru berjudul Sweet Dreams lakonan Ben Amir dan Mira Filzah dijangka akan mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton tidak lama lagi.

Lebih menarik perhatian apabila pasangan pelakon berkenaan sudah mula mempromosikan drama arahan Michael Ang itu di laman Instagram masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

🖤 #ComingSoon

A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

Lebih menarik pelakon utama Mira Filzah, memegang watak seorang gadis bisu yang bertutur menggunakan bahasa isyarat atau di panggil sign langguage.

Mira turut berkongsi dengan peminatnya 4 dialog yang digunakan dalam drama tersebut dengan menggunakan bahasa isyarat

 

Saya minta maaf

Saya takut, salah pilih

Awak percaya saya jodoh awak,  jadi saya percaya awak jodoh saya

 

Saya bodoh

 

SINOPSIS MEGADRAMA TERBARU SWEET DREAMS RIA 104

Ok berbalik pasal sinopsis, based on sumber myinfotaip, sinopsis drama sweet dreams actually mengisahkan tentang Putri ( Pelakon Mira Filzah sebagai Putri ). Putri diberi gelaran seperti Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh Putri sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangan Putri sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat. 

Qas Adam ( Pelakon Ben Amir sebagai Qas Adam ), seorang pelukis yang selalu mendapat mimpi tentang kejadian buru yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialaminya pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qah dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

 

Sumber : IG Mira Filzah / Ben Amir my infotaip.