“Teringat pulak kat dia”- Seb4k, Wanita Kirim Gaji Pertamanya Dekat Bekas Suami, Walau Dah Lama Berpis4h

Keluarga Tempatan Viral

Bila ikatan rumah tangga sudah terler4i, sesetengah orang mungkin tidak lagi bertegvr sapa dengan bekas pasangan kerana masalah yang dihadapi.

Pun begitu, ada juga yang masih mengekalkan hubungan yang baik walaupun sudah berjauhan.

Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh Abu Hurairah Asifa di Facebook mengenai seorang wanita yang berhati mulia memberikan wang kepada bekas suaminya.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Saya nak ke Kuala Lumpur macam biasa. Menguruskan laptop dan komputer.

Singgah ke bank sekejap sebab kad atm kena “bl0ck” kerana saya lupa kata laluan.

Masuk je ke dalam bank, saya nampak seorang wanita di depan mesin atm. Gel1sah nampaknya. Saya terus ke kaunter buat urusan.

Habis je urusan, nak keluar saya nampak wanita tu lagi depan mesin atm. Gel1sah sama macam tadi. Allahu, kesian pula. Saya mendekati dia.

Foto sekadar hiasan

“Ya makcik, ada yang boleh saya tolong?”

“Oh. Ni makcik nak masukkan duit. Tapi tak tahu macamana”

“Oh. Nanti kalau tak tahu, makcik pergi ke kaunter pertanyaan tu. Mereka boleh bantu”

“Oh yeke? Makcik tak tahu. Ni orang tadi bagitahu pergi kat mesin ni. Pastu makcik nak buat pun tak tahu”

Itu je yang dia bagitahu.

“Ok, takpe. Sini nombor akaun. Saya tolong makcik ya”

Dia hulurkan sekeping kertas. Ada tertera nama dan nombor akaun.

“Nak bagi duit ke anak ya makcik?”

Dia pandang saya sambil senyum.

“Tak. Makcik nak bagi kat suami. Hari ni makcik dapat gaji pertama. Baru dapat kerja jadi guru kafa”

Allahu. Terh4ru dengar.

“Suami makcik duduk jauh ke?”

“Ya. Makcik dan dia dah p1sah lama. Kat perlis sana duduknya. Ni dapat gaji, teringat pula kat dia”.

Sambil saya masukkan duit, hampir nak men1tis airmata pun ada. Suami dah berp1sah lama. Jauh di utara sana. Namun dapat nikmat, bek4s suami dulu yang di ingatnya.

“Alhamdulilah. Dah makcik. Ni resit dia. Nanti makcik bagitahulah pakcik. Duit dah masuk”

“Takpelah. M4lu nak cakap dengan dia. Nanti dia perlu, dia gunalah duit tu. Terima kasih ya nak”.

Foto sekadar hiasan

Isteri,

Makhluk Tuhan yang paling saya kagumi.

Hati mereka yang bersih, membuatkan hidup walau perih tapi dilalui tanpa let1h.

Setiap hari, selalu di temukan dengan wanita yang menjadi bukti, Allah kekal dalam hati.

Menjadikan mereka itu manusia hebat dan kuat.

Allah, jagalah mereka yang di uji.

Mereka lah yang membina syurga buat anak dan suami.

#sweeterapi

 

Sumber: Abu Hurairah Asifa, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.