“Habis Konsert Ibu Bagi Susu Ya…”- Aksi Belakang Pentas Datuk Siti Dan Aafiyah Curi Perhatian Netizen

Hiburan

 

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selesai menjayakan konsert jelajah, Siti Nurhaliza On Tour di Istora Senayan Jakarta semalam.

Konsert tersebut dilaporkan sangat meriah dengan kehadiran penonton dari luar dan dalam republik tersebut.

Namun menerusi satu entri Siti di Instagram miliknya, rata-rata tertarik dengan gelagat penyanyi itu bersama anaknya, Siti Aafiyah yang dibawa bersama ke konsert tersebut.

Pelantun lagu Cindai itu sebelum memulakan konsert meganya, telah mendukung, memeluk dan mencium Aafiyah dengan mesra serta kasih sayang.

Ketika sesi ‘bonding’  itu, Siti sempat berjanji kepada Aafiyah bahawa dia akan memberi susu selepas selesai konsert.

“Habis konsert ibu bagi susu ya…” katanya menerusi video yang dimuat naik.

Aafiyah bagai memahami dan membiarkan ibunya berlalu pergi.

Rata-rata memuji pengorbanan Siti sebagai seorang ibu dan penyanyi yang menghiburkan ramai orang.

Siti bakal menjelajah ke lokasi seterusnya bagi Siti Nurhaliza On Tour iaitu di Singapura pada 2 Mac dan Kuala Lumpur pada 16 Mac.

Bukan sekadar tiga negara Asia, tetapi penyanyi berusia 40 tahun itu juga akan kembali ke Royal Albert Hall, London buat kali kedua pada 22 April ini.

 

Sumber: Astro Gempak