Pertama Di Malaysia dan Pertama Di Dunia! Hebat Hannah Mumtazah..

Tempatan

Kuala Lumpur: Seorang penuntut Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya meraih pencapaian tertinggi hingga ke peringkat dunia dalam peperiksaan program perakaunan profesional, baru-baru ini.

Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi, 21, menerima anugerah untuk dua kertas peperiksaan diambil iaitu Financial Management (FM) dengan pencapaian tempat pertama di Malaysia dan juga di dunia manakala untuk Strategic Business Reporting (SBR), dia mendapat tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua di dunia.

May be an image of 1 person, headscarf and text that says '魔乐究 Fakulti NIVERSITI erakaunan Congratelations! Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi Paper FM Financial Management #1 in Malaysia #1 in the world Paper SBR Strategic Business Reporting #1 in Malaysia #2 in the world June 2021 Examination session FROM: THE DEAN AND FACULTY OF ACCOUNTANCY MEMBERS'

Fakulti Perakaunan universiti itu dalam satu kenyataan berkata, Hannah Mumtazah masih mempunyai tiga kertas peperiksaan sebelum menamatkan pengajian dan mendapat kelayakan The Association of Charted Certified Accounts (ACCA).

Menurut kenyataan itu, ini bukan kali pertama penuntut UiTM melakar kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Walaupun berdepan dengan cabaran p4ndemik C0vid-19, Fakulti Perakaunan UiTM sentiasa komited dalam berusaha meningkatkan bilangan akauntan bertauliah di negara ini.

“Pihak fakulti serta UiTM berbangga dengan pencapaian penuntut di peringkat nasional dan juga antarabangsa dan semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat penuntut lain untuk terus cemerlang,” menurut kenyataan itu.

Hannah Mumtazah yang bercita-cita menjadi akauntan bertauliah sebelum ini mengikuti program Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) sebelum menyambung pengajian di UiTM.

JPPro adalah program profesional yang ditubuhkan hasil kerjasama di antara Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM), UiTM dan ACCA Malaysia.

Melalui program ini, penuntut boleh terus mengikuti program ACCA tanpa perlu mengikuti program Certified Accounting Technician (CAT).

“Pengurusan masa yang baik adalah perlu dalam memastikan supaya sesi ulang kaji dapat diatur tanpa meng0rbankan waktu untuk diri dan keluarga.

“Selain itu, konsisten sepanjang semester antara kunci kejayaan, berbincang bersama pensyarah dan rakan kuliah antara yang sering dipraktikkan,” katanya ketika dihubungi.

 

Sumber: Harian Metro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.