“Hello.. bukan tak menyimpan, tanggungjawab kami banyak!”- Delimawati kesal masyarakat ‘pukul rata’ tvduh artis tak pandai urus duit

Hiburan Tempatan

KESAL dengan pandangan masyarakat tentang cara pengurusan wang golongan selebriti, dramatis Delimawati berkata, sebagai ibu tunggal dia mempunyai banyak komitmen yang perlu dilaksanakan.

Ujar Delimawati, 62, dia menggunakan pendapatan daripada hasil lakonan untuk untuk menampung kos sara hidup dan perbelanjaan keluarga.

“Kadang-kadang mereka kata masa glamor dulu tak menyimpan, hello… bukan kami tidak menyimpan, tapi tanggungjawab kami pun banyak.

“Macam kami (pelakon) ni ramai ibu tunggal, nak sara anak-anak, kos kehidupan. Siapa yang tak nak menyimpan, siapa yang tak nak berjimat tapi hakikatnya nak survive pun tak cukup, ” ujarnya kepada mStar.

Saya tidak kisah orang nak kata apa pun… katalah! Janji saya tak pernah meminta-minta.

DELIMAWATI

PELAKON

Bagaimanapun ibu kepada lima orang cahaya mata ini enggan mengambil serius kata-kata neg4tif yang dilemp4rkan masyarakat kerana menurutnya dia tidak pernah meminta bantuan daripada orang ramai.

Malah pelakon yang popular menerusi filem Hantu Kak Limah ini memberitahu, dia mencari rezeki dengan titik peluh sendiri.

“Saya tidak kisah orang nak kata apa pun… katalah! Janji saya tak pernah meminta-minta.

“Saya tidak mencvri, saya tak minta bantuan orang tapi saya hidup dengan cara saya sendiri, ” katanya ketika ditemui dalam majlis penyerahan surat tawaran kediaman mampu milik Projek Perumahan Rakyat (PPR) baru-baru ini.

Antara 25 orang selebriti yang menerima surat tawaran kediaman PPR.

Delimawati bersama 25 selebriti kurang berkemampuan menerima surat tawaran kediaman PPR kepada penggiat seni di Dewan PPR Lembah Subang 2.

Mengulas mengenai sumbangan itu, Delimawati berkata dia bersyukur dan menganggap bantuan yang diterima ini sebagai satu rezeki yang dapat meringankan bebannya.

“Kita terima apa saja rezeki yang ada, Allah bagi rezeki macam ini kita terima je.

“Pada saya tak perlu nak ada rasa malu terima tawaran begini.

“Sewa di luar beribu-ribu, kalau ada job tak apa juga. Tapi yang ini boleh minta daripada anak-anak untuk bayar dua ratus lebih, ” katanya.

“Jangan Sangka Artis Semuanya Kaya” – Sheila Mambo

Bagi pelakon Sheila Mambo pula, beliau meminta orang ramai agar tidak memandang golongan penggiat seni sebagai kelompok yang menikmati kehidupan serba mewah dengan status mereka sebagai selebriti.

Ini kerana, menurut Sheila, hakikat sebenar, golongan artis juga berdepan cabaran tersendiri untuk meneruskan kehidupan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berusia atau bergelar veteran.

Bila jadi artis orang labelkan sebagai orang kaya, orang senang..hakikatnya tidak. Bahkan, saya rasa artis Malaysia belum merdeka, masih Malaya kerana segala-galanya di kawal oleh satu badan.

“Kalau dah merdeka, mungkin kita dah jadi macam Amerika Syarikat, artis-artis buat satu filem pun dah boleh hidup, makan untuk 10 ke 20 tahun akan datang.

“Di Malaysia apa sangat yang paling tinggi..jadi orang di luar sana jangan sangka artis semuanya kaya..tidak,” katanya kepada Gempak.

Ujar Sheila lagi, bahkan orang ‘lama’ sepertinya juga sering berdepan dengan isu bayaran yang tidak setimpal.

“Ada pernah tu dapat job untuk dua hari sahaja. Itu pun minta ‘dikecil-kecilkan’ lagi bayaran.

“Kadang-kadang mereka jadikan alasan sebab pelakon ramai. Walhal minta bukan beribu-ribu pun. Apatah lagi dengan keadaan situasi (pandemik) sekarang, mereka fikir kita akan terima sahaja apa bayaran sebab terdesak,” katanya.

Katanya, selama tinggal di Kuala Lumpur, dia memang hanya menyewa dan tinggal bersama dua orang anaknya.“Rumah sewa sekarang sudah 20 tahun saya duduk. Sebelum ini tak ada niat nak beli rumah di Kuala Lumpur sebab fikir hari tua ada rumah mak di kampung, tanah pun ada.
 
“Bila dapat rumah PPR ini syukurlah. Ini kira satu rezeki,” katanya.

Dalam pada itu, kata Sheila dia juga tidak kisah sekiranya ada pihak yang mungkin mempersoalkan status artis yang dilihat mudah untuk mendiami rumah PPR.

“Orang bergelar Datuk, Datin, Tan Sri kalau dapat rumah ini pun mereka mahu. Janganlah pertikai rezeki orang.
 
“Jangan banding-bandingkan rezeki. Antara kita, mungkin Allah dah beri rezeki awal..ada ibu bapa kaya. Jadi jangan pertikai. Saya ini, umur nak masuk 58 tahun, baru dapat rumah,” katanya.

 

Sumber: mStar, Gempak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.