“Hero Dan Junior Aman Graseka, Waris Papa Hero Malaya”- Selepas Sebulan Isteri Aman Graseka Kongsi Wajah Anak

Hiburan

“Kuasa Allah mempertemukan saya dengan Reena ketika menjalani penggambaran drama Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production Sdn Bhd pada April lalu di Perlis.

Baru sahaja berkongsi momen istimewa itu, Aman, 51, menghela rasa lega apabila majlis persandingan itu berjalan lancar walaupun isterinya kini berbadan dua.

“Alhamdulillah majlis berjalan lancar 22 Disember 2018. Syukur wife saya Reena mampu meneruskan majlis walaupun dia penat sangat-sangat sebab pembawakan baby.

“Tapi dia teruskan juga tersenyum bersama-sama dengan saya,” tulisnya yang turut berkongsi beberapa foto indah pada majlis resepsi itu.

Aman dan Reena kelihatan berseri-seri dengan busana songket berwarna kuning pada majlis tersebut.

Perkongsian Aman itu sekali gus menjadi pengumuman buat peminatnya yang rata-rata mula melayangkan ucapan tahniah buat pasangan bahagia itu.

Pasangan itu mula berkenalan ketika penggambaran drama bersiri Papa Nak Menantu pada 2017.

Kemudian mengambil keputusan untuk bernikah pada Mac lalu dan majlis ringkas itu diadakan di Kuala Ketil, Kedah.

Aman yang mencipta populariti menerusi filem Cinta Kita pada 1995 pernah berkahwin dengan penyanyi dangdut popular, Mas Idayu pada 1997.

Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama 10 tahun dengan dikurniakan seorang cahaya mata, Nurdayini Ashiqah yang ketika ini berusia 20 tahun.

Terkini, melalui instagram isteri Aman Graseka & reenaareena89, dikhabarkan beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

“Alhamdulillah semalam 2/5/2019 genap dah sebulan anak mama dan papa…  baby sado mama pun tak larat nak pangku lama2.. hero dan junior aman graseka @amangraseka waris papa ni hero malaya”

Tahniah admin ucapkan kepada Aman dan isteri. Semoga dengan lahirnya zuriat, akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Comel! Sudah genap sebulan rupanya :

Sumber: IG Reena Areena via jiwangmedia