” I feel macam they dont understand my deeper message.. “- Caprice Terima Mesej Dari Liana Rosli.

Hiburan

Rapper dan usahawan popular, Caprice menerima kiriman mesej secara peribadi (DM) dari kakak kepada pelakon Ahya Rosli iaitu Liana Rosli.

Perkara itu didedahkan Caprice menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Baru-baru ini, Caprice menyuarakan pendapatnya mengenai persembahan tarian yang dianggap kurang sesuai dipersembahkan di perkahwinan Ahya kerana imej penari yang seksi dipertunjukkan di hadapan kanak-kanak dan golongan berusia.

 

 

 

 

 
 
 
View this post on Instagram
 

 

 

 

 

 

 
 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

Majlis kebumi lagi seram dan kita semua akan lalui.

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Ekoran perkara itu, Liana mengirim mesej kepada Caprice dengan ayat yang berbunyi :

“Macam ni orang ada akal bercakap, thank you so much Caprice,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, Caprice tetap bertegas degan pendapatnya namun didahului dengan permohonan maaf dalam responnya terhadap kiriman mesej itu.

Salam sorry kak, tq for the DM but i actually dont agree with the sexy dancing at a wedding sebab ade ramai budak2 dan orang tua.  im so sorry but your followers puji my video and i feel macam they dont understand my deeper message…. (maybe in the future i need to put subtitles?) Majlis tu memang hak sape2 yang kahwin but we have to be careful of what we portray.
Bila caprice lihat video tersebut, agak malu dan seram lah… tapi majlis yang lagi seram ialah majlis kita kebumi which ALL of us will go through.

Once we realize we are not here for long, Insyallah we will be more careful of what we do in the future.

Salam.

Rata-rata bersetuju mereka tidak memahami mesej yang disampaikan oleh caprice .

 

Ahya dan isterinya, Shahirah Philip mendirikan rumah tangga pada 29 Mac lalu dan mencetuskan kontroversi apabila mengundang penari seksi membuat persembahan di majlis resepsi mereka.

sumber : IG Caprice / Astro Gempak