“I Want You To Stand Strong & Back On Screen Again” – Puteri Balqis Kongsi Kisah Terakhir Bertemu ‘Detektif Wong’

Hiburan

Pelakon cilik Puteri Balqis mengakui tidak sangka pertemuan bersama aktor Ruzlan Shah Abdullah yang memegang watak Detektif Wong dalam drama kepolisan bersiri popular Gerak Khas itu merupakan kali terakhir buat dirinya pada bulan lalu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Balqis berkongsi gambar dan nasihat terakhir yang diberikan oleh Ruzlan kepadanya semasa pertemuaan itu.

“Met you at the hospital last month and you said this to me ‘I wrote a story about you because I do appreciate your talent.

“I want you to stand strong and back on screen again. We’ve known each other for years and I want u to know that I love you so.
 
“I know you could do the best for me, coz we both are fighters’.

“But then, the Angel took you home, away from me. May you rest in peace. Sad, I am sad,” tulisnya.

Ruzlan Shah Abdullah dilaporkan meninggal dunia pada 21 Disember selepas berita itu dikongsikan oleh rakan-rakan terdekatnya menerusi IG.

Sebelum ini, Ibu kepada Balqis, Norashikin telah mengesahkan anaknya menghidap kanser.

Terdahulu, Balqis mengalami demam berpanjangan pada Mei di samping kerap muntah.

sumber : gempak