“Ingat kami student pegi Mcd beli fries je ke..?”- Pelajar UITM Ini Tidak Puas Hati Isu Study Di MCD

Hiburan

 

Dalam satu perkongsian di laman sosial, seorang pelajar tampil bersuara selepas isu student belajar kat Mcd menjadi perdebatan hangat di media sosial

Namun hasil tinjauan pihak kami di media sosial beliau, post tersebut telah di padam kerana menerima kec4man bertalu-talu dari netizen. Diharapkan adik ini lebih berhati-hati dalam menyuarakn sebarang pendapat pada masa hadapan

Tidak hanya berdiam diri, beliau di lihat berkongsi tweet dari MCD yang seakan menyebelahi student yang ingin hilangkan stress belajar di restoren mereka.

Sebelum ini wanita ini selamba sound balik pelajar ‘Hello Ni Tempat Makan Kot’

Suka Hati Suruh Budak Diam Sbb Nak Study, Wanita Selamba Sound Balik Pelajar ‘Hello Ni Tempat Makan Kot’

Dalam satu perkongsian di laman sosial Twitter, tular kisah seorang pengguna Anas_cik yang berlaku di sebuah restoran McDonald apabila ada segelintir pelajar yang meminta orang ramai untuk jangan berbuat bising kerana mereka sedang mengulang kaji pelajaran.

“Tengah beratur nak order nampak satu family ni berlima ada anak kecik umur 4 – 7 tahun.”

“Jadi 2 orang anak dia ni duk main lah sambil gelak-gelak kat meja dorang. Dari pandangan aku normal la bebudak memain kan, nama pon bebudak. Aku tengok je la diorang sambil nk tunggu giliran order.”

“Tak lama lepas tu, ade 2 group students mix boys and girls selang 2 meja dari meja family tu, around 10 orang tengh study.. nampak la dengan lap top, paper work bersepah atas meja dengan memasing ada 1 cup air.”

“Dengan nada agak kasar, ada sorang budak perempuan dari group student tuh sounds budak yang tengah gelak-gelak sambil pegang gadget tu, “Boleh tolong senyap tak? Both of u disturbing our study, kitorang tak fokus!”

“Kuat yer die sound, sampai semua orang tengok pompuan yang sound tuh. Then mak ayah budak tu pon terus m4rah anak-anak dia suruh jangan bising-bising.. and i was like haa??

“Then ada sorang akak ni sound budak perempuan tu balik ‘Hello ni tempt makan kot?! Bukan tempat study, uoll tu yang salah tempat. nak study pergi library!’ Dengan nada tegas akak tu cakap.

“Then family tuh macam tak nak keruhkan keadaan die tenangkan akak tu.. Tak pa Tak pa, saya pun sudah mau habis makan nanti kitorang pergi.. Akak tu ucap balik, U stay here.. diorang yang sepatutnya pergi sebab sini bukan tempat study, sini tempat makan..”

“Aku yang dengar ni sumpah puas! Pastu lepas akak tu sound camtu, budak-budak tengah study tu terus kemas-kemas barang diorang then blah. Memang silap kau la nak sound orang jangan bising, sebab nak hormat kau study.”

“Kau kt mcd kot, what do u expect? Kat library boleh la kau sound orang senyap. Sendiri salah pastu sound tak bertempat, nasib ada akak tuh sound balik. Baru kena buku dgn ruas,” tulis Anas

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya bersetuju dengan pemuda tersebut apabila restoran bukanlah tempat yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran.

“Nak study kat McD boleh je. Tapi pandai-pandai la pilih waktu yang sesuai. Jangan la sampai nak suruh orang lain ikut kehendak korang. Jangan la bolot ruang sampai pelanggan lain takde tempat nak duduk makan,” tulis seorang wargamaya.

“Curious question. Macam mana orang boleh study dan buat kerja sekolah kat tempat yang bising macam kat McD?” tanya soorang wargamaya.

Malah, ada yang meminta pihak pengurusan restoran untuk bertegas dan mengeluarkan peraturan agar tidak membenarkan para pelajar mengulang kaji pelajaran untuk tempoh masa yang lama.

“Mohon pihak restoran tak kira McD, KFC atau mana-mana francise, sila tegas dalam isu ni. Jangan benarkan para student lepak di dalam premis. Dan anda punya hak untuk menghalau para student yang ganggu pelanggan dalam premis nak makan,” tegur seorang wargamaya.

Kicauan pemuda tersebut kini telah menerima hampir 40,000 ulang kicau dan 27,000 tanda suka daripada warga Twitter.

 

KREDIT