“Ingatkan Scha Dah Bertudung” – Macam Kembar, Netizen Confuse Scha Alyahya Dengan Kakak Aliff Syukri

“Ingatkan Scha Dah Bertudung” – Macam Kembar, Netizen Confuse Scha Alyahya Dengan Kakak Aliff Syukri

Hiburan

Kakak jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Noor Hayati mendap
perhatian netizen apabila wanita itu dikatakan memiliki wajah seiras pelakon Scha Alyahya.

Hayati atau lebih mesra dengan panggilan Yatie ini mula menjadi bualan netizen selepas dia berkongsi foto menerusi entri terbarunya semalam.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Yatie meminta pendapat netizen untuk memilih gaya tudung yang bersesuaian dengan dirinya. 

“You all prefer yang depan ke belakang? Macam mana pun style tudung slide belakang tu lah yang paling selesa untuk Kak Yatie,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terkejut melihat foto tersebut kerana wajahnya saling tidak tumpah seperti Scha.

“Ingatkan @schaalyahya pakai tudung tadi. Rupanya @yatie_sendayutinggi. Manis jeee muka you,” tulis @_nuranalia

“Ingat Scha Alyahya tadi hihi… Cantik sis Yatie,” komen @nrsyafiqahsyakirah

“Terkejut tengok 1st gambar ingat Scha Alyahya… Tapi 2nd gambar tu lagi sesuai dengan k. Yati,” tulis @cik_wana1806

Foto: Instagram @yatie_sendayutinggi/astro gempak