“Insya-Allah Berangkat Esok” – Selain Erra Fazira ,Wany Hasrita & Neelofa Antara Selebriti Tunai Haji Tahun Ini.

Penyanyi popular, Wany Hasrita bakal berangkat ke tanah suci Makkah pada petang esok untuk menunaikan ibadah haji.

Ketika dihubungi Gempak, Wany mendedahkan dia seolah tidak percaya akan menunaikan Rukun Islam kelima itu kerana baru sahaja menerima tawaran dan membuat keputusan di saat akhir.

“Saya bakal berangkat esok (7 Ogos), perasaan saya sekarang ini seolah masih tidak percaya yang saya akan ke Makkah.


“Semuanya berlaku dengan pantas, saya baru sahaja menerima tawaran dan keputusan juga dibuat di saat akhir.

“Doa-doakanlah agar semua urusan saya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Terlalu Memuja ini menjelaskan tawaran untuk mengerjakan ibadah haji itu diterima dari pihak kedutaan Arab Saudi.

“Saya menerima tawaran dari pihak kedutaan Arab Saudi, walaupun di saat akhir, tapi ia merupakan satu peluang yang besar yang saya tidak harus lepaskan,” tambahnya.
Difahamkan, Wany berhasrat untuk membawa keluarganya menunaikan umrah pada tahun ini, namun sudah menjadi rezekinya untuk menunaikan ibadah haji terlebih dahulu.

Sementara itu pelakon dan pengacara, Neelofa, 30, berkongsi dia bakal menunaikan rukun Islam kelima, mengerjakan haji di tanah suci Makkah pada awal Ogos ini buat kali kedua selepas dua tahun lalu.