Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat Akan Diumum Minggu Depan – Sumber

Semasa Tempatan Viral

Menurut kenyataan dari media tempatan, Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan, menurut sumber yang rapat dengan perbincangan tersebut.

Walau bagaimanapun, menurut sumber tersebut, kini perbincangan masih lagi dijalankan bagi mencari jalan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat.

Image result for tengku zafrul i-sinar

MoF (Kementerian Kewangan) nyatakan veto untuk menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. KWSP sedang berbincang tentang jumlah sebenar pengeluaran i-Sinar tanpa syarat.

Perkiraan awal mendapati, KWSP jangkakan memerlvk4n RM108 bilion berbanding RM33 bilion jika i-Sinar bersyarat.

Dalam masa yang sama, sumber berkenaan turut memaklumkan, mesyuarat KWSP kini tertumpu kepada struktur pembayaran termasuk sekiranya ia dibayar secara bersekali.

Jika dibuat bayaran sekali, KWSP perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara untuk menyokong proses pembayaran itu.

Image result for pengeluaran kwsp tanpa syarat

Astro AWANI dimaklumkan, KWSP juga sedang meneliti pelaburan yang boleh ditarik kembali bagi menjayakan i-Sinar.

Sementara itu, sumber yang sama men4fikan dakwaan kononnya pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif KWSP adalah disebabkan tidak selari dengan hasrat MoF.

Astro AWANI sedang menghubungi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk mendapatkan pengesahan.

 

Sumber: Awani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.