Istana Negara t4ngguh sesi menghadap untuk Guan Eng & Mat Sabu

Sesi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohammad Sabu menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara yang masing-masing dijadual pada hari ini dan Rabu depan, dit4ngguhkan.

Dalam kenyataan kedua-dua pemimpin itu hari ini, mereka memberitahu mendapat makluman penangguhan tersebut daripada Setiausaha Sulit Kanan baginda semalam.

“Kami menjunjung titah dan mendoakan agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan…”

Terdahulu, kira-kira 20 pengamal media berkumpul di hadapan pintu 2 Istana Negara di sini, menantikan kehadiran pemimpin parti politik.

Tangguh hadap Agong

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk membentuk kerajaan selepas mendakwa mendapat sokongan majoriti lebih 120 Ahli Parlimen.

Istana Negara: Anwar did not submit names of '120' MPs

Istana Negara dalam kenyataan kemudian menyatakan Anwar hanya mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan terhadapnya untuk membentuk kerajaan tanpa mengemukakan senarai nama Ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.

Pergetat keselamatan istana

Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Funds to bail Lim Guan Eng launched - Sarawakvoice.com

Kenyataan Istana Negara juga menyatakan Yang di-Pertuan Agong menitahkan Istana Negara melaksanakan sekatan pergerakan separa susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PKPB dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor mulai hari ini sehingga 27 Okt dalam usaha membendung peningkatan kes C0VID-19.

 

Sumber: Bernama, BH Online

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf