Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands Selamat, Gambar Cerun Runtuh Adalah Gambar Lama – Zolkafly

IPOH, 5 Ogos (Bernama) — Kerajaan Negeri Perak memberi jaminan laluan Jalan Persekutuan FT185 Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini adalah selamat untuk digunakan pengguna jalan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Zolkafly Harun berkata gambar keruntuhan cerun di laluan berkenaan yang tular adalah gambar lama yang dibangkitkan semula di laman media sosial.

Perak exco says Simpang Pulai-Cameron Highlands road safe after ... Mohd Zolkafly berkata beliau bersama Pengarah Jabatan Kerja Raya Perak, Roslan Abd Ghani sempat meninjau kawasan tersebut selepas melihat gambar-gambar yang ditularkan.

“Kerajaan negeri melalui agensi teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak telah menjalankan pemeriksaan dan mendapati memang terdapat cerun yang rebak berdekatan dengan jalan berkenaan namun tidak seteruk seperti yang ditularkan.

“Ia berpunca daripada hakisan air hujan dan keadaan muka bumi yang merupakan kawasan lembah. Hasil pemerhatian juga mendapati runtuhan cerun ini berlaku di cerun tambakan yang merupakan cerun tanah,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan di lokasi berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun keadaan jalan tidak mengalami sebarang mendapan atau keretakan dan kerja-kerja penambahbaikan cerun iaitu Tie Back Wall serta Micropile Slab telah dijalankan di sebahagian kawasan cerun runtuhan tersebut.

Laluan FT 185 Simpang Pulai-Cameron Highlands selamat

Menurutnya, JKR juga melakukan pemantauan pergerakan tanah di kawasan cerun berisiko terhadap tanah runtuh setiap tiga jam sekali bagi memastikan tiada pergerakan tanah.

Zolkafly berkata kerajaan negeri akan membuat permohonan kos sebanyak RM120 juta kepada kerajaan persekutuan untuk membaiki cerun dan berusaha untuk mendapatkan kelulusan dengan segera.

“Kerajaan negeri juga akan memastikan projek pembaikan ini dapat disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 agar satu penyelesaian yang terbaik dapat dimuktamadkan,” katanya.

Katanya rakyat diharapkan lebih bertanggungjawab supaya tidak menularkan gambar atau berita tidak benar yang menimbulkan keresahan orang ramai.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memberhentikan kenderaan di kawasan cerun untuk mengambil gambar kerana perbuatan itu boleh membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Baru-baru ini, tular beberapa gambar menunjukkan runtuhan tanah di cerun laluan itu dan menerima pelbagai komen warganet yang bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.

BERNAMA - Laluan Jalan Persekutuan FT185 Simpang Pulai-Cameron ... Foto: Radzi Ismail

Sementara itu, JKR dalam kenyataan berkata jalan di lokasi berkenaan selamat untuk dilalui pengguna jalan raya berdasarkan keadaan struktur ‘Pile Raft’ jalan yang kukuh serta pemantauan berterusan menggunakan  alat pemantauan pergerakan cerun secara automatik (Robotic Total Station).

“Jajaran jalan ini terletak di atas Pile Raft yang dibina sepanjang 250 meter ditanam di dalam batuan dan selebihnya dilindungi oleh Tiedback Wall.

Tambahan pula, mengikut perkiraan reka bentuk, struktur ‘Piled Embankment’ ini mampu bertahan walau runtuhan merebak ke bawah struktur,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Robotic Total Station dipasang untuk mencerap data dari enam unit ‘prisma’ yang terletak di sepanjang struktur tembok penahan.

Ia turut menyatakan, dua tolok hujan turut dipasang bagi memberi petunjuk hubungkait antara kestabilan cerun dengan kadar keamatan hujan.

“Tindakan jangka panjang melalui kerja pembaikan kekal telah dirancang bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya adalah menggunakan kaedah jenis ‘Contiguous Bored Wall with Anchor’ dan kerja-kerja pembaikan kekal ini akan dilaksanakan sejurus peruntukan diterima,” katanya.

 

Sumber: BERNAMA, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummie

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf