Jam 10:30 Malam, Wanita Ini Merayu Mahu Melawat Kubur Abam ” Dia bantu menyekolahkan anak saya”.

Hiburan

Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau dikenali sebagai Abam Bocey telah memberi inspirasi buat orang ramai.

Sedikit demi sedikit kebaikannya dikongsi rakan taulan dan orang ramai yang pernah bertemu dengan beliau.

Dalam satu video perkongsian oleh Ustaz Hanafiah, beliau telah bertemu dengan seorang penjaga kvbur ketika menziarahi kvbur Abam di Tanah Perkvburan Sungai Pusu.

Katanya, penjaga kvbur itu menceritakan suatu peristiwa yang menjadi bukti kebaikan Abam pada malam selepas pengebumian Allahyarham.

Menurutnya, ketika sedang mengunci pintu pagar kawasan perkvburan, dia didatangi seorang wanita yang menaiki motosikal bersama anaknya yang masih kecil.

Wanita itu merayu agar diberi peluang untuk menziarahi kvbur Allahyarham, tambahnya.

“Pakcik, tolonglah pakcik, saya nak masuk tengok arrwah Abam, tolonglah pakcik.”

Biarpun permintaannya ditolak, wanita itu terus merayu.

“Esok je lah. Kvbur ni tak ke mana. Esok je datang,” kata penjaga kvbur berkenaan.

Tidak berputus asa, wanita itu terus merayu.

“Pakcik, saya datang dari jauh ni pakcik. Tolonglah saya pakcik, saya tak sempat nak datang siang,” katanya.

Selepas dirayu, lelaki berkenaan akhirnya menunjukkan kubvr Abam.

Bila ditanya wanita itu sama ada dia merupakan saudara mara, wanita itu menafikannya.

“Saya dan anak saya sebenarnya banyak menerima bantuan daripada Abam. Dan Abam telah menyekolahkan anak-anak saya dan semua perbelanjaan sekolah telah ditampung oleh Abam.”

sumber : Ustaz Hanafiah