“Jangan Batak Duit raya, Kaya Pun Kalau Berpuluh Orang Dia Nak Bagi..”-Respon Sharnaaz Ahmad Isu Duit Raya RM5.

Hiburan

Pelakon Sharnaaz Ahmad menempelak tindakan sesetengah ibu bapa yang mempertikaikan jumlah duit raya diperoleh anak mereka seperti mana yang sedang tular ketika ini.

Sharnaaz menerusi Instagram Stories meluahkan pendapat, semua individu yang menerima duit raya perlu menghormati pemberian berkenaan walau berapa pun jumlahnya.

“Duit raya banyak atau sedikit, tolong hormat orang bagi tu yang penting orang bayar zakat dan bahagian dia, jangan batak duit raya,” katanya.

Menurutnya lagi, biarpun indvidu yang kita kenali merupakan golongan kaya raya, orang ramai perlu faham jumlah kanak-kanak yang perlu diberi bukanlah sedikit.

“Duit raya banyak atau sedikit, tolong hormat orang bagi tu. Yang penting orang bayar zakat dan bahagian dia, jangan batak duit raya. Kaya macam mana pun orang tu, kalau dia ada berpuluh orang nak bagi, fikir sama kesempitan yang dia kena lalui,” katanya.

Terdahulu tular seorang wanita yang melahirkan kekecewaan apabila anak saudaranya hanya memberi duit raya RM5 di laman Twitter.

Berikutan itu, akaun Twitter miliknya diserang oleh warganet yang tidak berpuasa hati dengan pendapat berkenaan.

sumber : Astro gempak