Jangan Buang Resit Ketika Bercuti Dalam Malaysia, Boleh Dapat Pelepasan Cukai Pendapatan RM1,000

Nasihat & Panduan Santai

Mungkin ramai yang masih belum mengetahui bahawa terdapat beberapa bantuan yang diberikan oleh kerajaan di dalam Pakej Ransangan Ekonomi bagi membantu memulihkan semula ekonomi rakyat dan negara akibat wabak Covid-19.

Salah satunya seperti yang dikongsikan oleh gadis ini mengenai pelepasan khas cukai pendapatan sehingga RM1,000 bagi individu pemastautin untuk perbelanjaan melancong dalam negara yang dilakukan dalam tempoh 1 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Malah, ianya telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 bagi membantu rakyat untuk mendapatkan ‘pulangan’ daripada segi pengecualian cukai setelah rakyat membantu menjana semula ekonomi dengan aktiviti melancong.

Simpan je semua resit masa ‘travel’

Homestay boleh ‘claim’ jika didaftarkan di bawah MoTAC

Tiket penerbangan atau sebarang pengangkutan tidak boleh ‘claim’

Guna ‘tax relief’ untuk kurangkan pendapatan yang kena cukai

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai cukai individu, anda mungkin boleh merujuk link di bawah ini.

 

Sumber: Twitter  @dayahfauzi92

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.