“Jangan Sampai Saya Keluarkan Resit ” Respon Isteri, Setelah Ammar Alfian Cuba Pertahankan Diri

Hiburan

Pelakon Ammar Alfian memilih untuk kekal berdiam diri selepas dakwaan dirinya curang terhadap isteri heboh diperkatakan ramai.

Ammar memuat naik kenyataan terbabit di ruangan Instagram Stories (IGS) miliknya.

Selain itu, di entri IGS berasingan, Ammar juga memaklumkan bahawa dia telah memaafkan isterinya.

“Saya memilih untuk kekal berdiam kerana anda tidak layak mendapatkan kebenaran dari saya dan anda takkan pernah dapatkannya.

“Asalkan anda tahu isteri saya telah memohon maaf mengenai apa yang dia katakan dan saya telah memaafkan dia sama seperti saya telah memaafkan anda anda semua yang telah membuat spekulasi dan fitnah terhadap saya.

“Anda memilih untuk percaya cerita sebelah pihak. Untuk keluarga, mereka yang dikatakan kawan dan peminat palsu, jika anda disekat dan saya tidak mengikuti anda, ia kerana saya tahu dimana anda berada – menentang saya.

“Saya memaafkan anda semua tetapi saya takkan melupakannya. Terima kasih dan selamat berpuasa,” tulis Ammar.

Namun begitu, IGS tersebut telah dipadamkan selepas ia dimuat naik.

Tetapi, isteri Ammar, Nelissa Nezam pula memberikan gambaran berbeza dengan memuat naik IGS seakan menyatakan sesuatu.

Sebelum ini Nelissa Nezam menyifatkan perbuatannya membuka kisah rumah tangganya ekoran perasaan marah dan sakit hati.

Malah, wanita itu akui situasi yang berlaku amat sukar bagi dirinya dan keluarga.

“Bukanlah cara saya untuk mendedahkan kepada publik tentang kisah peribadi.

“Ia tercetus kerana perasaan marah dan sakit hati. Lukanya masih baru dan emosi saya didorong oleh situasi saya yang sedang berbadan dua.

“Bagaimanapun, apa yang sudah berlaku biarkan berlalu. Ini waktu yang sukar bagi saya dan keluarga saya,” tulisnya menerusi Instastory malam tadi.

Petang semalam, Nelissa tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa suaminya curang ketika dia sedang hamil anak sulung mereka.

Justeru, Nelissa berharap kemelut rumah tangganya boleh diselesaikan antara dia dan suami dengan baik.

“Saya sangat menghargai sokongan anda semua tetapi saya fikir adalah lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini secara privasi dan saya mengutamakan kandungan bayi saya.

“Semoga saya dan Ammar akan menyelesaikan masalah ini antara kami berdua dan sesungguhnya mahu menjadi ibu dan bapa yang terbaik,” tambahnya.

sumber : Astro Gempak