‘Jari dan kaki Ziyad ada di syurga’

Keluarga Semasa Tempatan

Bentong: “Hanya Allah saja mengetahui perasaan saya apabila enam jari tangan dan kedua kaki anak kecil terpaksa dip0tong.

“Dunia seolah gelap apabila doktor menyatakan ia terpaksa dilakukan bagi menyelamatkan nyawa Muhamad Ziyad Amzar Muhamad Razif,” kata Kaasnida Mohamed Nazar, 32.

Dia berkata, anak ketiganya yang berusia tiga tahun itu mengalami gejala kehitaman pada jari dan kaki seolah-olah mereput atau g4ngren pada Ogos tahun lalu.

Kaasnida yang menetap bersama keluarga mentuanya di Felda Mempaga Tiga, di sini berkata, lebih menyedihkan selepas sebulan diserang penyakit itu kedua belah kaki anaknya terpaksa dip0tong paras bawah lutut.

“Saya hampir pengsan apabila doktor pakar Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh menyatakan kaki Muhamad Ziyad Amzar terpaksa dip0tong bagi menyelamatkan nyawanya bagi menghalang kuman penyakit berkenaan merebak ke bahagian badan lain.

“Saya merayu pada doktor supaya kedua kaki Muhamad Ziyad Amzar dip0tong di bawah lutut bagi memberi peluang kepadanya memakai kaki palsu dengan selesa walaupun mengalami kecacatan kekal.

“Air mata saya dan suami Muhamad Razif Razali, 38, setiap hari keluar mencurah-curah mengenakan penderitaan anak tersayang. Muhamad Ziyad Amzar menanggung derita mengidap penyakit g4ngren yang tidak diketahui daripada mana puncanya,” katanya ditemui, di sini semalam.

Demam dan serang4n kuman

Kaasnida berkata, anaknya mula dema pada 2 Ogos tahun lalu dan tanda serangan kuman dikesan apabila terdapat bintik-bintik merah di kedua belah kaki dan dia terlalu lemah.

“Selepas itu jari tangan mula bertukar hitam dan tidak boleh digerakkan hingga memaksa doktor membuat keputusan memotongnya,” katanya.

Menurutnya, usaha menyelamatkan kaki Muhamad Ziyad Amzar tidak berjaya apabila kakinya menjadi hitam dan tidak boleh digerakan.

“Selama sebulan dia dirawat di unit ICU HoSHAS dalam keadaan lemah, setiap hari dia menangis menahan kes4kitan.

“Dalam tempuh 14 bulan, anak saya menjalani empat kali pembedahan dan terbaru bulan lalu iaitu pembedahan memotong tulang bahagian tangannya yang memanjang dan selepas ini mungkin ada lagi pembedahan akan dilakukan.

“Muhamad Ziyad Amzar perlu menjalani latihan fisioterapi di Hospital Rehabilitasi Cheras, Selangor dari semasa ke semasa bagi membiasakan dia berjalan menggunakan kaki palsu selain menggunakan jarinya yang tidak sempurna.

“Sebagai ibu saya reda dengan apa yang berlaku hari ini, pasti ada hikmah kecacatan dialami Muhamad Ziyad Amzar yang masih tidak faham dengan erti kesusahan dan kekurangan.

“Saya, suami dan neneknya begitu terharu apabila Muhamad Ziyad Amzar sering menyatakan jari tangan dan kakinya kini berada di syurga, katanya yang turut mempunyai dua cahayamata perempuan berusia lapan dan lima tahun.

Nasib Ziyad dapat perhatian MB Pahang

DALAM pada itu, Nasib yang dihadapi Muhamad Ziyad Amzar Muhamad Razif, 3, yang terpaksa dip0tong kedua belah kaki dan enam jari tangan pada tahun lalu mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail.

Sumbangan tersebut disampaikan Pegawai Khas Menteri Besar (mewakili masyarakat Sikh), Datuk Jasvir Singh Ram Singh di rumah keluarga Muhamad Ziyad di Felda Mempaga di sini semalam.

Menurut Jasvir, sumbangan berupa wang tunai dan hamper daripada Wan Rosdy yang mahukan anak kecil itu mendapat rawatan terbaik dan terus dibantu.

“Saya akan memantau perkembangan adik Muhamad Ziyad Amzar dan terus membantunya dari masa ke masa agar dia mendapat bantuan dan pembelaan,” katanya di sini hari ini.

Muhamad Ziyad Amzar yang mengalami g4ngren di bahagian kaki dan tangan ketika berusia dua tahun terpaksa dip0tong enam jari pada Ogos tahun lalu, sebelum dip0tong kedua belah kaki sebulan selepas itu.

Sementara itu, Muhamad Razif Razali, 38, berkata, dia dan isteri, Kaasnida Mohamed Nazar, 32, berasa amat terharu dan berterima kasih dengan keprihatinan Wan Rosdy yang membantu anak bongsu daripada tiga beradik itu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Jasvir yang mengambil perhatian terhadap anak kami.

“Sesungguhnya bantuan dan sokongan diberi itu amat besar dan bermakna bagi kami,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.