Jemaah Yang Pernah Solat Jumaat Di 3 Masjid Di Kota Setar Ini Diminta Buat Saringan C0vid-19

Semasa Tempatan

Menerusi Facebook Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar mengumumkan agar seluruh penduduk di kawasan Alor Setar menjalani saringan C0vid-19 dengan segera.

Terdapat tiga buah masjid di Kota Setar termasuk Masjid Alor Merah, Masjid Suka Menanti dan Masjid Sultanah Bahiyah dalam perhatian.

3 buah masjid di Kota Setar

 

Mana-mana jemaah yang pernah menghadirkan diri ke tiga buah masjid ini termasuk Masjid Alor Merah, Masjid Suka Menanti dan Masjid Sultanah Bahiyah diminta untuk segera menghubungi nombor 019-4053711.

Saringan C0vid-19 perlu dibuat kepada jemaah yang hadir untuk solat Jumaat pada tarikh 28 Ogos 2020 hingga 4 September 2020.

Jemaah berkenaan perlu hadir saringan di perkarangan wad prikiatrik lama di Hospital Alor Setar pada 13 September 2020 ini, jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kerjasama dari anda amatlah diharapkan bagi sama-sama memutuskan rantaian C0vid-19 ini.

Terkini ‘update’ dari media sosial Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar

 

Sumber: Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar, Ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.