Jika Tun M enggan minta maaf, carilah saya di Padang Mahsyar – Najib

Semasa Tempatan

KUALA LUMPUR- Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan jelas mengatakan beliau tidak akan memaafkan Datuk Seri Najib Razak namun Ahli Parlimen Pekan itu berjiwa besar dengan menyatakan kesediaan memaafkannya.

Menurut Najib, ajaran agama Islam yang dianutinya menggalakkan setiap insan untuk saling memaafkan antara satu sama lain.

Dengan itu, memaafkan Mahathir bukan sesuatu yang mustahil  baginya, meskipun pelbagai t0hmahan telah dilemparkan kepada beliau dan keluarga oleh Ahli Parlimen Langkawi itu sejak beberapa tahun lalu.

“Pada amalan agama saya, memaafkan itu adalah tuntutan agama. Malah Allah SWT sendiri Maha Pengampun dan ada banyak ayat-ayat al-Quran yang bercerita mengenai perkara ini.

“Jadi kalau Tun ada buat salah atau berdosa dengan saya, jika beliau minta maaf maka berpandukan agama Islam, saya sedia memaafkan beliau.

“Jika beliau (Mahathir) enggan meminta maaf, carilah saya di Padang Mahsyar nanti,” katanya semasa ditemubual Malaysia Gazette dalam rancangan OwhMG.

Najib wishes Dr M happy birthday, prays for PM's good health - TODAYonline

Pada 30 September lalu, Mahathir dalam sesi temubual OwhMG memberitahu beliau tidak akan memaafkan Najib sampai bila-bila.

Ini kerana menurut beliau, Najib telah menghancurkan UMNO.

Ketika ditanyakan mengenai perkara tersebut, Najib menjelaskan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah kehilangan penyokong sejak pertelingkahan di antara Dr. Mahathir dan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menyebabkan Anwar dipenjarakan dan tercetusnya gelombang reformasi.

BN menurutnya terselamat ketika itu oleh undi orang Cina dan India sahaja.

Malah kemenangan besar Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2004 juga disebabkan rakyat beranggapan era Dr. Mahathir telah berakhir namun Ahli Parlimen Langkawi itu mula menyerang Abdullah sehingga menyebabkan BN g4gal mendapat majoriti dua pertiga semasa pilihan raya 2009.

Ketika Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Mac 2009, beliau telah melakukan pelbagai usaha untuk menarik semula undi kepada UMNO dan BN namun tetap g4gal memperolehi majoriti dua pertiga.

Namun begitu, beliau tetap berjaya memimpin UMNO untuk memenangi lebih banyak kerusi iaitu sebanyak 89 kerusi.

“Semasa PRU 2018, kita kalah. Masa itu kita tengok trend menolak UMNO/BN telah sampai ke tahap maksimum dan apa yang saya hendak kata, trend penurunan undi BN bukan bermula dari zaman saya.

“Ianya sudah bermula dari peringkat awal lagi,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Najib juga tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan kitaran politik di negara ini yang mana rakyat mahu melihat parti selain BN yang memerintah negara pada PRU-14.

Najib suruh Rosmah duduk rumah, jaga cucu

Najib And Rosmah To Be Featured In Netflix Investigative Series | News | Rojak Daily

DALAM temubual yang sama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meng4kui isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor antara penyumbang kepada kek4lahan Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya umum ke-14 lalu.

Disebabkan itu, beliau meminta isterinya untuk lebih banyak duduk di rumah dan tidak terlalu menonjol di khalayak awam bagi mengelak orang ramai ters4lah tafsir.

“Saya tidak men4fikan ianya sebagai s4lah satu faktor.

“Saya sudah sedar sekarang dan disebabkan itulah, sejak kita k4lah dulu, saya sudah minta isteri duduk dalam keadaan low-profile.

“(Duduk) diam di rumah dan menjaga cucu. Biar saya turun ke medan untuk berkhidmat kerana saya tidak mahu orang s4lah tafsir.

“Soal tafsiran itu tepat atau tidak tepat, itu soal lain tetapi berbalik kepada politik, ia adalah soal persepsi.

“Jika persepsi dia sudah macam itu, apa kita cakap pun mereka tidak akan menerima jadi lebih baik isteri saya tinggal di rumah sahaja,” katanya semasa ditemubual dalam program OwhMG terbitan Malaysia Gazette.

Beliau menjawab d4kwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan Najib tidak mampu mengawal isterinya sehingga orang be-nci kepada beliau dan UMNO.

Temubual Eksklusif bersama Bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak di Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI[

Sebelum ini, Rosmah antara topik yang disentuh oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diwawancara oleh portal berita itu.

“Apabila dia menjadi perdana menteri dia bertukar, umpamanya isterinya pada mula amat dim4rahi oleh orang kerana dia cuba t0njol diri dia,” kata Dr. Mahathir dalam petikan wawancara berkenaan.

Sepanjang era pentadbiran Najib, Rosmah tidak terlepas menjadi s4saran terutama oleh pihak pembangkang.

Antaranya termasuk kononnya telah membeli cincin merah jambu bernilai RM24 juta.

Bagaimanapun tvduhan itu telah dijawab pada April 2019 ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Timbalan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah meng4kui cincin merah jambu yang sebelum ini did4kwa berharga kira-kira RM24 juta tidak dibeli oleh seorang isteri VVIP dan telah dibawa keluar dari negara ini oleh ejen jualannya.

Beliau berkata, ejen jualan berlian merah jambu dan barangan kemas itu telah mengisytiharkannya kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Katanya, syarikat itu juga membuat perisytiharan barang berkenaan dengan jabatan yang sama ketika meninggalkan negara ini.

Biarpun tidak menamakan siapa wanita itu, namun kenyataan itu merujuk kepada Rosmah yang sebelum ini dikaitkan berhubung isu sama.

 

Sumber: MalaysiaGazette

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.