Raqib Majid Cerita Pengalaman Didatangi Seorang Wanita Yang Menangis Tak Henti Di Stesen Minyak.... Eh, Kenapa Tu?

“Kakak tu menangis , saya sekali tak dapat tahan kesedihan ” – Raqib Majid Cerita Pengalaman Didatangi Seorang Wanita Di Stesen Minyak.

Lawak & Seram

Raqib Majid Cerita Pengalaman Didatangi Seorang Wanita Yang Menangis Tak Henti Di Stesen Minyak.... Eh, Kenapa Tu?

 

Penyampai radio Zayan, Raqib Majid terharu apabila didatangi oleh seorang wanita yang mengakui zikir yang dialunkannya di siaran Astro Oasis membantu menenangkan wanita terbabit.

Raqib memberitahu wanita tersebut mendedahkan dia mempunyai masalah keluarga dan zikir alunannya membantu untuk melupakan masalah itu sebentar.

Wanita yang bertemu dengannya di sebuah stesen minyak itu turut mengucapkan terima kasih dan tidak henti-henti mengalirkan air mata.

“Assalamualaikum. Saya ada jumpa seorang kakak dekat Shell Sg. Besi. Dia tegur saya dan dia cakap ‘Assalamualaikum dek. Akak selalu nampak awak’. 

“Lepas tu saya tengok kakak tu menangis dan cakap ‘Terima kasih dek sebab zikir-zikir kat Astro Oasis tu, kakak banyak sangat masalah family dan tiap hari kakak tunggu zikir awak untuk tenangkan hati kakak’

“Air mata kakak tu tak berhenti mengalir. Dan saya sekali tak dapat tahan kesedihan saya,” tulisnya.

Raqib berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

 Suami kepada penyanyi Tasha Manshahar itu turut terharu dan berharap dia akan terus menyebarkan kebaikan untuk orang ramai.

“Doakan saya untuk terus berusaha menyampaikan kebaikan dengan diri saya serba kekurangan. Doakan saya. Hadiah yang bermakna untuk saya hari ini. Terima kasih.

“Sama-sama kita doakan Allah mudahkan segala urusan kakak tu… Tolong Amin kan doa saya,” katanya lagi.

Rata-rata pengikutnya turut terharu dan mengakui kelunakan alunan zikir yang disampaikan oleh Raqib merupakan yang terbaik

 

sumber : gempak.org