“Kalau orang kata saya kuat.. Sebenarnya Tidak” Luah Diana Danielle Selepas Hvkuman Suami Ditangguhkan.

Hiburan

Diana, 28,  ditemui semasa pelancaran produk, pertunjukan fesyen dan anugerah kecemerlangan AS Legacy yang diadakan di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis lalu berkata apa yang berlaku menjadikan dia dan Farid lebih menghargai antara satu sama lain.

Kontroversi membabitkan pelakon Datuk Farid Kamil hingga dijatuhkan hkuman penj4ra kerana terlibat dengan penyaIahgunaan d4dah mematangkan hubungan rumah tangga yang dibina bersama aktres Datin Diana Danielle.

“Saya sebagai isteri tahu Farid seorang suami dan bapa yang baik, saya bersyukur kita masih dapat menikmati saat gembira bersama.

“Segala yang berlaku membuatkan kami lebih rapat dan tenang menerima apa sahaja ujian,” katanya kepada mStar.

“Hubungan kami lebih matang, mula menghargai antara satu sama lain dan saya tahu betapa pentingnya Farid dalam hidup saya. Saya masih ingat apa Hanis Zalikha pernah cakap pada saya dahulu… jika kita hadapi segala dugaan dengan sabar, Allah akan beri sesuatu lebih manis.

Menerusi laporan mStar pada 19 Jun lalu, Farid dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hkuman penj4ra sembilan bulan yang dikenakan terhadapnya atas tvdvhan d4dah.

Farid dikenakan hkuman penj4ra sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesaIahan mengguna d4dah jenis g4nja Tetr4 Hydr0c4nniboI (THC), tahun lalu dan telah menjalani hkuman di Penj4ra Kajang selama 35 hari bermula 15 Mei.

Sementara itu, pelakon filem Gol & Gincu 2 ini berkata dia bukanlah seorang isteri yang kuat seperti dibayangkan peminat.

Namun, sokongan moral orang sekeliling terutamanya ibu, Norsiah Ramli membuatkan dia menjadi lebih cekal berdepan ujian hidup.

“Nak kata saya kuat, ada juga hari-hari yang saya terkesan… cumanya saya ada ibu yang buatkan saya kuat. Kalau orang kata saya kuat sebenarnya tidak! tapi sokongan orang sekeliling ini yang membuatkan saya kuat.

“Saya berterima kasih kepada peminat yang tak jemu memberi sokongan dan mendoakan yang baik-baik untuk kami,” ujarnya.

Terdahulu, Diana berkahwin dengan Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad yang kini berusia enam tahun dan Nur Aurora berumur empat tahun.

Sumber: mstar dan ig via Asia Kini