” Kalau Ragu-Ragu Buat DNA Test, Sedih Tuanku Pilih Peguam Yang Terlalu Banyak Cakap”- Rakan Rihanna Oksana

Hiburan

Kemelut isu penceraian Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan wanita Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko nampaknya makin memuncak.

Kalau terdahulu, peguam Sultan Muhammad V ada mengeluarkan kenyataan berkaitan penceraian tersebut yang menyatakan bahawa, “Tiada bukti objektif lagi yang menunjukkan (Sultan Muhammad V) bapa kandung bayi itu”.

/

Nampaknya kali ini, Rihana dan mereka yang rapat dengannya telah memberi maklum balas berkaitan hal tersebut di MSN News.

“Kalau ragu-ragu… buat DNA test” 

Menurut laporan, Rihana yang kini dilihat tertekan dengan berita cer4i yang dihadapinya telah meminta pihak Sultan Kelantan untuk membuat ujian DNA.

Hal ini juga diikuti dengan komen dari rakan-rakan Rihana yang kelihatan dalam ‘in denial’ dengan mengakui Ratu Moscow tersebut masih isteri kepada Sultan Kelantan dan menolak kenyataan peguam, Koh Tien Hua bahawa Sultan Muhammad V bukan bapa kandung kepada Ismail Leon. 

N0nsense! Kami sangat sedih apabila Tuanku telah memilih seorang peguam yang terlalu banyak bercakap dan tidak professional.

“Semua pihak yang rapat dengan Oksana – ibu bapa, rakan dan keluarga – sedang menunggu permohonan maaf terbuka daripada peguam tersebut.

“Dan kalau (Sultan Kelantan) rasa ragu-ragu, dia boleh saja buat DNA test. Oksana sudah bersedia untuk lakukan ini – saya boleh jamin semua ni sebab saya rakan rapatnya,”

Liliya Nastaeva, 32, rakan Oksana.

“Bapa dan anak berwajah sama” 

Liliya Nastaeva juga menambah wajah Ismail Leon memang ada persamaan dengan Sultan Muhammad V.

“Kalau Oksana tunjuk wajah anaknya, mungkin takkan ada sesiapa yang akan ragu-ragu sebab wajah bapa dan anak memang sama,”

katanya.

Dalam pada itu, peguam Oksana di Moscow, Evgeny Tarlo berkata, pertuduhan bukan bapa kandung itu satu ‘peniipuan’ dan sangat ‘celup4r’.

Dia juga mencabar peguam dari Singapura tersebut untuk membuktikan jika benar dia mewakili Sultan Kelantan.

“Saya tak kenal siapa Encik Koh Tien Hua, dan dia tak ada hak bercakap tentang kehidupan peribadi Oksana Voevodina. 

“Dia mesti tunjuk kelayakan,” kata Tarlo.

Surat bukti cer4i dari peguam Sultan Kelantan | Sumber: Blog

Buat masa ini dilaporkan ibu kepada Rihana Oksana telah mengambil tanggungjawab sebagai nenek dalam menjaga anaknya dan cucu yang berusia 2 bulan itu di Moscow. Manakala bapa Oksana pula memilih untuk mendiamkan diri dengan alasan dia sedang bercuti.

Sama-sama kita nantikan apa kesudahannya. Semoga yang baik-baik saja buat semua.

 

Sumber : Lobakmerah