“Kalau Uitm Degree Kena Gantung Dah..”- Pelajar Malaysia Konvo Di UK, Selamba Swafoto Bersama Canselor

Hiburan

Seorang pelajar Malaysia menarik perhatian netizen apabila sempat berswafoto bersama Canselornya ketika sesi penyerahan skrol ijazah di United Kingdom (UK).

Menerusi laman sosial Twitter, Acap atau nama sebenarnya Mohd Ashraaf Iqmal Mohd Radzi, berkongsi beberapa keping foto swafoto tersebut ketika majlis konvokesyen University of Essex, United Kingdom.

“Alhamdulillah, ya boi made it!” tulis Acap yang gembira dengan kejayaannya memperoleh segulung Ijazah dan pada masa yang sama dapat memotretkan foto ‘rare’ tersebut.

Menerusi satu video yang berjaya dirakamkan oleh temannya, Acap dilihat mengeluarkan telefon bimbit sambil berjalan ke tengah pentas apabila namanya dipanggil.

Setelah menerima skrol tersebut, dia sempat berbisik kepada Canselornya untuk meminta izin berswafoto.

Menurut Acap menerusi satu tweet, Cancelornya memberikan keizinan untuk turut sama berswafoto bersama Acap.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada graduan jurusan perakunan dan kewangan itu dan ramai yang teruja melihat aksinya.

“Power! Congrats Acap!” puji seorang netizen.

“Congrats! Kau memang berani haha,” komen seorang netizen lagi.

Namun, tidak kurang juga ada yang membandingkan tindakan Acap itu jika ia dilakukan di kebanyakan universiti di Malaysia.

“Ayo keliling Melayu and meleis will crown you as the most rude student for the decade” ujar seorang netizen terhadap tindakan Acap.

“Kalau UiTM degree kena gantung sat ka tarik balik tah. Ada kes tak silap aku hari tu,” komen seorang netizen lagi.

Lebih istimewa apabila momen swafoto yang dimuat naik di laman Instagramnya itu turut diulang papar oleh akaun Instagram rasmi University of Essex.

Pada tahun 2015, seorang graduan dikenakan tindakan digantung pengajian sebagai hukuman apabila berswafoto di atas pentas sewaktu majlis konvokesyen UiTM.

Sumber foto: Twitter @AcapIqmal /astro gempak