” Kami Bukan Bergadoh Pun..” Fizo Omar Membantah Hak Lawatan Dan Bermalam Ke Atas Maryam.

Hiburan

Terdahulu, Peguam Zulkifli Che Yong berkata afidavit permohonan interim itu disampaikan kepada Fizo pada 10 Julai lalu dan pihaknya difahamkan pelakon itu memfailkan af1davit balasan, hari ini.

Fizo bagaimanapun berkata, tempoh tiga hari bekerja yang diberikan itu terlalu singkat untuk memberi masa secukupnya bagi beliau membalas afidavit itu.

Beliau juga memberi tahu mahkamah, walaupun beliau tidak membntah permohonan interim hadanah itu, tetapi beliau tidak bersetuju dengan terma dalam permohonan membabitkan hak lawatan dan hak bermalam.

“Saya tidak pertikaikan hak penjagaan cuma saya membantah hak lawatan dan bermalam. Berdasarkan kepada permohonan, anak tidak dibenarkan bermalam dengan saya sehingga berusia empat tahun,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Ogos untuk keputusan permohonan interim itu.

Sementara itu ketika ditemui di luar m4hkamah, Fizo yang tidak diwakili peguam berkata, beliau percaya akan ada jalan penyelesaian antaranya dengan Mawar.

“Ini bukan pergaduhan cuma sekarang dalam tempoh perbincangan dan kami hampir jumpa persetujuan.

“Esok proses sulh akan diadakan (antaranya dengan Mawar). Sebelum bercerai anak banyak kali bermalam dengan saya,” katanya.

Pada 10 Julai lalu, media melaporkan, kemelut rumah tangga Fizo Omar dan Mawar, akhirnya terjawab apabila pasangan itu sah bercer4i talak satu pada jam 10.45 pagi di M4hkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Sumber: Harian Metro via Metro Daily