Nama keluarga pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sejak semalam hangat diperkatakan di laman Twitter.
Semuanya gara-gara penularan foto yang memperlihatkan pendaftaran logo atau cap dagangan Daging Harimau Men4ngis yang dilakukan ibunya Noor Kartini menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Weh serious lah? https://t.co/BjjvWKrLj5
— YB Kak Mira (@mighvv) January 12, 2021
Malah dalam masa sama turut tular sebuah video yang di ambil dari IG Story Kartini dimana beliau dalam video tersebut menjelaskan pihaknya sudah memohon untuk mempatenkan trademark Harimau Men4ngis dipercayai untuk jenama Aunty Tiny Kitchen.
“Letaklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan Harimau Men4ngis,” katanya sambil memasak.
Nama daging harimau menangis ni dah berzaman orang guna, dapat kat mak niqabis ni terus dia trademark kan nama tu macam dia yg start nama tu. Business tak business, sekarang musim covid kot. Ramai small business owner cari makan buat daging ni.
— Haqim (@azrulhaqim) January 12, 2021
Ini menimbulkan reaksi negatif dikalangan netizen yang menyifatkan nama tersebut tidak seharusnya dipatenkan memandangkan ia sudah begitu lama di gunakan oleh orang ramai di Malaysia.
Buat anda yang tidak tahu, isu ini menarik perhatian ramai terutamanya golongan peniaga kerana menurut mereka, sekiranya ibu Neelofa berjaya mempatenkan nama tersebut, para peniaga lainnya tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan nama berkenaan sebagai cap dagangan sama seperti yang dimaklumkan Kartini di dalam video tersebut.
Daging b4kar harimau men4ngis ini sebenarnya merupakan makanan dari negara jiran Thailand sua rong hai namun sudah menjadi kegemaran ramai orang di utara dan pantai timur sebelum ia viral lagi .
Dah berzaman orang guna
Nama daging harimau menangis ni dah berzaman orang guna, dapat kat mak niqabis ni terus dia trademark kan nama tu macam dia yg start nama tu. Business tak business, sekarang musim covid kot. Ramai small business owner cari makan buat daging ni.
— Haqim (@azrulhaqim) January 12, 2021
Berzaman orang jual dekat pasar tani. Sebelum viral lagi
Dah berzaman orang dekat pasar tani jual daging harimau menangis. Sebelum viral lagi. Aku makan pun dah bertahun tahun sebelum viral. Datang dia ni terus nak trademark macam la dia punya idea
— Z (@xzayrazeex) January 12, 2021
Ramai tampil buat b4ntahan
Ekoran dari itu, beberapa netizen tampil meminta orang ramai untuk membuat aduan ke MyIPO dengan harapan agar permohonan Kartini untuk mempatenkan jenama Harimau Men4ngis tidak diluluskan.
Kita boleh buat bantahan dari org awam. Dia filekan ni baru bulan 11. Sila email ke myipo kalau betul2 serious tak nak tm ni register.
Normally TM akan siap in 6 months. Now dah 4 months. Maybe nak call diorg tak kerja dah esok, so email saja.Cari kat google myipo . pic.twitter.com/CpwYVpZQfM
— qeen (@undercoverbun) January 12, 2021
Malah ramai yang turut tampil mengajar orang ramai cara untuk membuat aduan sehingga ramai memaklumkan sudahpun berjaya membuat bantahan dan aduan tersebut.
DONE! Semoga peniaga-peniaga lain boleh guna nama Harimau Menangis ni. pic.twitter.com/iSVokaeb4J
— KZ (@teknosual) January 13, 2021
Demi kelangsungan rakyat marhean.
Lets fight this. pic.twitter.com/pKEDzmDqfB— khal (@khakhakhakhal) January 13, 2021
Demi kesejahteraan small business daripada kene cantas dengan kapitalis! pic.twitter.com/ChqQd5L0xm
— 娜 (@_nuraizat) January 13, 2021
Mungkin hanya daftar logo grafik
Namun disebalik semua perkongsian tersebut, ada juga netizen yang berpendapat Kartini hanyalah mendaftar logo grafik bagi jenama Harimau Men4ngis miliknya dan bukannya perkataan itu sendiri demi mengelakkan ianya disalah gunakan oleh pihak lain.
Apa-apa pun sama-sama kita tunggu penjelasan lanjut dari puan Kartini atau wakilnya nanti berhubung isu ini nanti.
Sumber: Twitter, Buzzkini
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.