“Kau buat perangai eh, Awas kau Elizad!” – Hefny

Hiburan Tempatan

“ELIZAD kau buat perangai eh, dah semua orang ‘call’ tanya aku ni.”

Itu kata penyampai radio Sinar, Hefny Sahad di akaun Instagram @sinar_my bagi membalas komen yang dimuat naik rakan penyampainya pelakon, Siti Elizad.

Elizad & Hefny Penyampai Baharu Stesen Radio Sinar | Artikel | Gempak

Menerusi gambar yang dimuat naik, Elizad menulis komen yang mendoakan semoga perkahwinan dibina Hefny berkekalan hingga ke jannah.

Hefny ketika dihubungi mengakui terkejut apabila mendapat ucapan tahniah daripada peminat dan rakan terdekat selain menganggap itu adalah ‘prank’ dibuat Elizad.

“Saya pun terkejut apabila dapat ucapan tahniah. Tertanya-tanya juga tahniah apa. Rupa-rupanya, ia angkara Elizad.

“Disebabkan komen itu, semua ingat saya sudah berkahwin. Kiranya, ‘prank’ yang dibuat itu berjaya. Tergelak besar saya dibuatnya.

“Saya tak ambil hati pun, sebab kami memang suka bergurau. Apa yang pasti, saya memang belum berkahwin,” katanya.

Terdahulu, akaun Instagram @sinar_my memuat naik gambar majlis pernik4han yang berlangsung di Pejabat Agama Klang.

Kenyataan gambar itu menyebut terdapat berpuluh pasangan bernik4h ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mukim Klang bermula hari ini sehingga 23 Oktober ini.

Salah satu komen ditulis Elizad yang meninggalkan pertanyaan dalam kalangan peminat dan rakan terdekat.

 

Sumber: HMetro, Instagram Suria FM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.