“Kekuatan Seorang Laki Kerana Anak “-Dato Red Memuat Naik Gambar Berada Di Mahkamah & Kapsyen Sinis Mengenai Anak.

Hiburan

“Kalau Adira Tak Bahagia, Tak Adalah Dia Mengandung”.

Gara-gara memuat naik gambar berada di mahkamah berserta dengan kepsyen sinis mengenai anak-anak, ramai menyangka Datuk Red hadir bagi urusan percer4ian dengan isteri kedua, Adira selepas berita pergolakkan tempoh hari.

“Ya, memang saya ada ke mahkamah tapi bukan kes rumah tangga, ia berkaitan hal lain yang tidak sesuai dikongsi dengan orang ramai.

Semasa di mahkamah itu saya teringat sembilan orang anak saya dan terus menulis mengenai mereka” “Sekarang apa saja ujian yang datang, saya ingatkan diri untuk kuat kerana anak-anak dan fokus saya memang untuk mereka.

Kehidupan kami berjalan seperti biasa dan pagi tadi saya dari rumah Adira, tak ada apa masalah” Dalam masa sama, Datuk Red menjelaskan rumah tangganya dengan Adira baik-baik sahaja dan beliau tidak kisah andai orang luar suka membuat pelbagai andaian mengenai rumah tangga mereka.

“Biarlah kalau orang nak buat spekulasi disebabkan tulisan tersebut. Buat masa ini kami bahagia saja, kalau dia tak bahagia takkan dia mengandung sekarang kan. Cuma biasalah ibu hamil ini emosi kurang stabil sikit,” jelasnya.

Terdahulu Adira meluahkan rasa sedih kerana terpaksa balik sendirian untuk melawat bapanya yang telah tiada. Namun lebih kecoh lagi apabila Adira mendakwa Datuk Red membawa anaknnya keluar tanpa kebenaran.

Adira Suhaimi Dakwa Suami Bawa Lari Anak?

Sabtu lalu, Adira Suhaimi dikejutkan dengan khabar menyedihkan dimana bapanya pergi buat selamanya akibat kegagalan beberapa organ dalaman. Bagaimanapun timbul isu ketika Adira pulang ke Sabah untuk menghadiri pengebumian bapanya.

Menerusi Instagram, Adira meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendapat tahu anaknya di bawa ke tempat lain tanpa kebenarannya. Ujarnya lagi disebabkan itu dia tergesa-gesa pulang ke Kuala Lumpur.

Tidak menyebut nama individu yang berbuat demikian, namun rata-rata netzen berpendapat status itu seolah ditujukan kepada suaminya, Datuk Red.

Bagaimanapun, Datuk Red menjelaskan dia tidak membawa lari anak mereka sebaliknya membawa mereka bertemu adik-beradik iaitu anak isteri pertama. Ujarnya lagi, sebagai bapa tiada salahnya dia berbuat demikian.

“Adira balik kampung kerana ayah dia yang juga bapa mertua saya pergi buat selamanya, saya tidak dapat ikut berikutan ada hal kerja yang tidak dapat dielakkan.

Ya, saya bawa anak-anak keluar makan, beli baju dan bawa berjumpa dengan adik-beradik yang lain,” katanya.. Dalam pada itu, Datuk Red memberitahu ada pihak cuba melaga-lagakan mereka suami isteri namun usaha itu gagal kerana Adira kini sedang hamil anak ketiga mereka.

“Ada yang tidak senang dan mahu kami berpisah tapi dia gagal kerana Adira kini hamil empat bulan. Insya-A1lah bulan lapan akan lahir anak kesepuluh saya,” ujarnya. Inilah yang dikatakan lumrah dalam berumah tangga dan bukan semua orang suka melihat kebahagiaan yang kita kecapi. Apa pun tahniah buat Adira dan Datuk Red yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi. Sumber: mstar via rtky/w