“Kena Dekat Batang Hidung Boleh Tahan Jugak Meroyan Dekat IG ” – Di katakan Karma Perbuatan Lalu, Respon Sharnaaz Ahmad Buat Netizen Terdiam.

Hiburan

Sejak kebelakangan ini kelihatan status yang dimuatnaik pelakon Sharnaaz Ahmad seolah ada sesuatu yang tidak kena. Dia sering membuat luahan perasaan di laman sosial miliknya termasuk Instagram dan Twitter. Namun, tidak ada kepastian kepada siapa status itu ditujukan.

Bagaimanapun, rata-rata netizen membuat andaian rumah tangga pelakon ini kelihatan goyah. Ada juga netizen menyifatkan pelakon ini terkena karma akibat ‘serang’ pelakon lelaki yang didakwa pernah mempunyai hubungan bersama adik iparnya.

Dah kena batang hidung

Status ini dimuatnaik pengguna Twitter yang mendakwa Sharnaaz Ahmad pernah ‘back-up’ adik iparnya, Neelofa sewaktu pelakon Fattah Amin didakwa menjalin hubungan dengan pengacara wanita popular itu. Dia turut menyifatkan perbuatan Sharnaaz Ahmad ini merupakan hukum karma dan terpaksa dihadapinya sekarang.

Sabar, belum masa awak diuji


Bagaimanapun, kelihatan Sharnaaz Ahmad memberi respon terhadap kenyataan netizen di laman Twitter itu. Dengan tenang dia mempercayai akan ujian yang dihadapinya ini merupakan sebuah dugaan hidup setiap manusia.

Minta dijauhkan dari semua sahabat


Ramai yang mengenali karakteristik Sharnaaz Ahmad sebagai seorang yang panas baran dan ego tetapi tidak ramai yang mengenalinya dari sudut berbeza.

Status menyentuh yang dimuatnaik pelakon ini seolah memberi tanda tanya terhadap masalah rumah tangga bersama Noornabila. Apa-apapun, kami di sini mendoakan yang terbaik kebahagiaan Sharnaaz sekeluarga.

sumber: ohbulan