“Keputusan muktamad saya tak ingin bermadu”- Dedah Suami Kahwin Rakan Baik, Hanna Nekad Bercerai.

Hiburan

Sebelum ini, seorang isteri yang dikenali sebagai Hana mendedahkan tentang kecurangan suami bersama kawan baiknya, iaitu Yaya. Bagaimanapun, dakwaan yang dibuat Hana itu dinafikan oleh wanita tersebut. Tidak terhenti di situ sahaja, Baa Azhar iaitu lelaki yang dikaitkan dengan kontroversi itu kemudiannya tampil dan mengakui berkawan rapat dengan Yaya dan mahu memperisterikannya, namun tidak dipersetujui oleh Hana.

Terbaru, Hana telah memuat naik satu posting di laman Instgramnya sehingga menimbulkan persoalan tentang status rumah tangganya bersama suami ketika ini.

Keputusan muktamad

 

Di dalam posting yang dimuatnaik olehnya itu, Hana dilihat berada di hadapan bangunan Mahkamah Syariah Terengganu sambil berpakaian lengkap serba hitam.

Menerusi kapsyen yang ditulis wanita itu, Hana menegaskan bahawa dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak akan sama sekali bermadu dan katanya, keputusan tersebut adalah muktamad.

Dia kemudiannya turut meminta agar para pengikutnya di laman Instagram mendoakan kebahagiannya selepas ini.

Dapat sokongan netizen

Di ruangan komen, Hana berkata meskipun dakwaan bahawa suaminya telah mengahwini rakan karibnya itu dinafikan, namun katanya kebenaran pasti akan terbukti jua kelak. Kenyataan Hana itu sebagai respon kepada komen yang dibuat salah seorang pengikutnya di Instagram berkenaan status sebenar di antara suaminya dan Yaya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya mendoakan agar wanita ini diberikan kecekalan dalam menghadapi ujian mendatang dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan selepas ini.

Namun mengintai  FB suami Hana, beliau di lihat berkongsi gambar kenangan sewaktu mengerjakan umrah dengan caption berbentuk hati seolah sedang memujuk isterinya

Bagaimanpun di lihat Hanna memuatnaik status seolah memberi jawapan balas

Sumber: Instagram Hannabaa