“Kereta Mewah, Gaji Besar, Duit Raya Untuk Mak Pak Sedara RM5”- Luah Rasa Di Twitter, Wanita Ini Di Kritik.

Gara-gara mempertikaikan duit raya RM5 yang diterima , akaun Twitter dikenali sebagai Mama Ejja ini diserang warganet.

Sehingga kini tweet berkenaan telah menerima 959 komen dan ‘retweet’ sebanyak 697 kali.

Menerusi tweet terbabit, Mama Ejja menyatakan pendapatnya tentang pemberian duit raya yang diberi oleh saudara maranya.

Menurut Mama Ejja, biarpun mempunyai kereta mewah dan bergaji besar, namun saudara maranya masih tetap memberi duit raya serendah RM5.

Rentetan daripada tweet berkenaan, akaun miliknya kemudian diserang dengan ratusan kecaman oleh warganet.

 

 

Kebanyakkannya dilihat tidak berpuasa hati dengan pandangan terbabit,malah menyifatkan wanita berkenaan tidak bersyukur dengan apa yang diterimanya.

Anda boleh lihat komen di bawah:


sumber : astro gempak