(Video) Suami penuhi hasrat isteri, beli KFC k0ngsi rezeki dengan pekerja J&T

Rezeki melimpah ruah adalah satu nikmat yang harus disyukuri dan boleh dik0ngsi dengan orang ramai agar kehidupan terus diberkati Allah SWT.

Begitulah perk0ngsian seorang pengguna TikTok bernama Leyna Aziz ini yang berk0ngsi rezeki bersama kakitangan sebuah syarikat penghantaran barang J&T Express.

Semoga murah rezeki saya

https://www.tiktok.com/@azlienalegacy/video/6927620402277551362?referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2F&referer_video_id=6927620402277551362&is_copy_url=1&is_from_webapp=v2

Video berdurasi 52 saat itu memperlihatkan Azlina berada di sebuah restoran makanan segera KFC bersama suaminya dan meminta untuk membeli dalam kuantiti banyak agar dapat berk0ngsi rezeki dengan orang ramai.

Kelihatan di dalam video itu, suaminya menjengah masuk ke dalam syarikat penghantaran barang untuk memberi beberapa bungkusan makanan yang dibeli itu.

Dia yang menunggu di dalam kereta diberitahu suaminya bahawa kakitangan syarikat tersebut kelihatan gembira selain berterima kasih serta mendoakan agar mereka berdua sentiasa dimurahkan rezeki.

Alhamdulillah, moga murah rezeki

Perk0ngsian tersebut dibanjiri komen warganet yang mendoakan agar wanita berkenaan diberikan rezeki melimpah ruah selain turut terharu dengan tindakan murninya itu.

Menangis tengok ‘content’ ni

Banyak bersedekah, Allah berkati

MasyaAllah, ramai orang baik-baik sekarang. Semoga sentiasa diberkati Allah dan dipermudahkan urusan hidup bersama suami. Amin!

 

Sumber: TikTok Leyna Aziz, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf