Selepas menang dan umum bersara, Ini kata2 seteru utama McGregor dan rakan selebriti kepada Khabib

Sukan

Ini akan jadi perlawanan terakhir saya, itulah ucapan Khabib Nurmagomedov selepas melakar kemenangan seterusnya ke atas Gaethje sebentar tadi. Itu juga adalah janjinya terhadap ibunya selepas ayahnya meninggal dunia.

“Ini Akan Jadi Perlawanan Terakhir Saya,” Khabib Mahu Tunai Janjinya Dengan Ibu

Ketika ditemu bual, Khabib juga sudah melunaskan janjinya terhadap arwah ayah untuk menjadi petarung yang paling hebat dan beliau telah lakukan hari ini.

Khabib menewaskan Gaethje dengan melakukan grip yang sering dilakukan ketika bertarung dan ini menjadikan kemenangan ke-29 Khabib dalam karier beliau sebagai petarung seni pertahanan diri campuran. Khabib juga tidak pernah mencatat sebarang kekalahan.

“Saya sukar dipertikaikan di UFC, juara tidak tewas dengan rekod 13-0 (di UFC), dan 29-0 dalam keseluruhan karier pro MMA saya,” katanya selepas kemenangan di Abu Dhabi.

“Saya berjanji dengan ibu ini mungkin adalah perlawanan yang terakhir saya. Tiada sebab untuk saya kembali ke sini tanpa bapa.”

Seteru tradisi Khabib, Conor McGregor dari Ireland adalah antara individu yang pertama mengucapkan tahniah kepada atlet Russia berusia 32 tahun itu diatas pencapaian sepanjang kariernya.

“Saya akan meneruskan. Juga sekali lagi hormat dan simpati kepada bapa kamu. Kepada kamu dan keluarga. Yang ikhlas, McGregors,” menurut catatannya di Twitter.

Image

Image

Image

Kata-kata Khabib kepada Gaethje yang menakjubkan.

Kata-kata Khabib selepas kemenangan terakhir dipentas UFC

Image

 

Respon dari selebriti dan ahli sukan kepada Khabib selepas kemenangan dan pengumuman beliau untuk bersara dari arena gusti selepas perlawanan malam tadi.

Image

 

Sumber: UFC, Twitter

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.