Kisah Sebenar Remaja Hilang Di Villa Nabila Yang Pernah Menggemparkan Negara Sewaktu Dahulu

Hiburan

KISAH REMAJA HILANG DI VILLA NABILA YANG PERNAH MENGGEMPARKAN NEGARA

Sebelum ni aku pernah baca cerita tentang Villa Nabila di Blog Amirez. Bila timbul cerita misteri 23 orang hilang di Villa Nabila terus buat aku rasa nak cari cerita lebih lanjut tentang Villa Nabila.

Budak yang hilang tu kononnya disorok oleh hantu yang bersarang kat situ. Tapi yang membuatkan berita tu kurang diyakini sebab wujud banyak versi cerita yang berbeza.

Image may contain: 1 person, smiling, standing and outdoor

Berita 23 remaja hilang di Villa Nabila yang kecoh sekarang ni ada bermacam-macam versi cerita. Ada yang cakap cuma seorang je yang hilang di ‘villa berhantu’ ni. Ada yang cakap 7 orang hilang 23 berjaya lari, dan ada juga yang cakap sebaliknya.

Bila timbul cerita yang berbeza-beza jadi payah nak percaya.

Update terkini kes budak hilang di Villa Nabila yang ditulis di blog Mazidul Akmal Sidik, rupa-rupanya budak yang dikatakan hilang tu tengah sedap tidur kat rumah member dia di Flat Desa Mutiara JB. Memang betul budak tu pergi ke Villa Nabila lepas terpengaruh dengan movie Highland Tower, tapi dah selamat pulang dari villa tu sebelum buat keputusan taknak balik rumah dan lepak di rumah kawan.

 

Inilah padahnya bila banyak sangat filem hantu ditayangkan. Bila budak-budak tengok mesti diorang rasa nak cuba, nak tunjuk berani, nak tengok sendiri depan mata. Bila jadi macam ni, menyusahkan orang ramai.

Rasanya kerajaan Malaysia kena ketatkan syarat lulus untuk sesebuah filem tu ditayangkan kepada umum. Takpun haramkan terus cerita-cerita tahyul dan khurafat macam tu.

Tak pasal-pasal hantu Villa Nabila dituduh sorok budak. Kesian hantu kena fitnah. Hehe.

Image may contain: 2 people

sumber : mymedia