“Kita Dah Tak Ada Kena Mengena..”- Bella Tak Kisah Aliff Tayang Foto Bersama Perempuan Lain.

GARA-GARA penyanyi Aliff Aziz memuat naik foto bersama seorang wanita di Instastory, bekas isterinya, Bella Astillah menerima mesej daripada netizen yang menghantar foto tersebut kepadanya.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, berkata, dia tidak kisah mengenai perkara itu memandangkan hubungannya dengan Aliff sudah pun berakhir.

“Ramai gila yang DM Bella, cakap dan nak provoke dengan gambar Aliff itu tapi sebenarnya Bella tak kisah pun. Korang semua pun dah tahu yang kita dah tak ada kena mengena.

Bella terima banyak mesej netizen yang menghantar foto Aliff bersama seorang wanita yang dimuat naik di Instastory.

“Jadi apa-apa yang Aliff buat untuk diri dia. Bella pun ada di Malaysia, dia dekat Singapura. Jadi, saya okey saja,” kata Bella.

Bella yang kini berada di Jakarta, Indonesia menjelaskan perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya.

Menerusi Instastory Aliff berkongsi foto bersama wanita yang dikenali sebagai Tika Sheikh mendapat perhatian netizen sehinggakan mereka menghantar foto berkenaan kepada bekas isterinya.

Baru-baru ini, penyanyi kelahiran Singapura itu dikatakan mula mendekatkan diri kepada Allah selepas berdepan kontroversi curang sehingga menyebabkan rumah tangganya dengan Bella musnah.

Bella mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada anak lelakinya.

Perkara tersebut dikongsi oleh pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew yang bertemu dan mendengar luahan aktor itu di Singapura pada Jumaat lalu.

Menurut Ebit, Aliff dilihat sudah menyesali perbuatannya dan kini mula menjaga ibadah solat dan menghafal Al-Quran.

Nama Aliff Aziz menjadi perbualan hangat netizen apabila dia sering dikaitkan dengan isu curang selepas beberapa kali kantoi dengan wanita lain.

Gara-gara isu curang yang tidak berkesudahan itu, Aliff dan Bella akhirnya memutuskan untuk bercerai pada 16 Mei lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Sumber Mstar

 

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf