Lima Beradik K0ngsi Satu Telefon Pintar Jalani PdPR

Keluarga Tempatan Viral

KOTA BHARU, 24 Jan (Bernama) — Kekangan hidup menyebabkan ibu kepada lima beradik terpaksa ‘meng0rbankan’ telefon pintarnya untuk digunakan oleh anak-anak bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam sesi persekolahan yang bermula Rabu lepas.

Hasyani Mat Jusoh, 42, berkata keluarganya adalah antara golongan miskin yang menghadapi mas4lah dalam membiasakan diri dengan PdPR bermula 8 pagi hingga 12.30 tengah hari pada setiap hari persekolahan.

“Memandangkan hanya saya sahaja yang mempunyai telefon pintar, lima anak saya bergantung kepada telefon ini secara bergilir bagi menyiapkan kerja sekolah.

“Ada dalam kalangan anak saya men4ngis kerana tidak sabar menunggu lebih sejam untuk setiap daripada mereka menyiapkan kerja secara dalam talian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sri Kulim Melor di sini hari ini.

Situasi itu menimbulkan dilema buat dirinya untuk menyediakan telefon pintar buat setiap anaknya kerana dia sendiri perlu menjalani r4watan susulan kerana mengh1dap knser usus tahap dua sejak dua tahun lepas manakala suaminya Sidik Abd Wahab, 46, pula bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan tidak menentu.

Bagaimanapun, Hasyani rela meng0rbankan telefon pintarnya untuk kegunaan anak-anak yang berusia antara enam hingga 15 tahun demi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.

“Liputan internet di kawasan ini ada ketikanya perlahan menyebabkan saya menambah kad tambah nilai dengan jumlah RM30 untuk kegunaan bagi tempoh seminggu,.

“Dua anak yang berada di sekolah menengah mempunyai 14 kumpulan WhatsApp, tidak termasuk anak-anak lain yang menggunakan WhatsApp dan Telegram,” katanya.

Lima beradik kongsi satu telefon pintar jalani PdPR - YouTube

Menurutnya, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah dua kali telefon bimbitnya terpaksa dibaiki berikutan mengalami ker0sakan kerana terlalu banyak dokumen disimpan.

Justeru, Hasyani yang kini menjalani r4watan susulan kimoterapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan fisi0terapi di Klinik Kesihatan Mahligai berharap ada pihak sudi membantunya dalam menyediakan kemudahan pendidikan kepada anak-anaknya.

“Sekiranya dapat menyediakan dua telefon pintar pun sudah memadai bagi anak-anak saya menjalani PdPR, ia sedikit sebanyak membantu mereka menyelesaikan kerja sekolah tanpa perlu bergilir-gilir,” katanya.

PdPR #Kelantan KONGSI TELEFON PINTAR JALANI PdPR - YouTube

 

Sumber: BERNAMA

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.