“Kerajaan tampung bilik & makanan tetapi terhad …”- Menteri Jelaskan Isu Kuarantin Di Hotel Mewah.

Semasa Tempatan

KUALA LUMPUR, 7 April — Kerajaan akan menanggung kos penginapan hotel yang dijadikan pusat kuarantin hingga RM150 sehari termasuk makanan, kata menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kerajaan mengenal pasti dan menggazetkan 45 hotel sebagai pusat kuarantin. Kerajaan akan menanggung perbelanjaan untuk bilik dan makanan sehingga RM150 sehari.

“Kos lain seperti dobi dan perkidmatan lain perlu ditanggung sendiri oleh individu yang berada dalam kuarantin,” katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya individu yang pulang daripada luar negara hanya boleh memilih hotel yang disenaraikan sebagai pusat kuarantin.

Manakala mereka yang mahu duduk di tempat penginapan yang lebih selesa berbanding yang ditawarkan perlu menanggung kos perbelanjaan sendiri.

Kelmarin kerajaan menyenaraikan 63 hotel sebagai pusat kuarantin.

Antaranya hotel bertaraf lima bintang Palace of the Golden Horses di Seri Kembangan, Resort Tanjung Rhu di Langkawi, Grand Millennium Kuala Lumpur, Hotel Hilton Kuala Lumpur, dan Dorsett Grand Subang di Subang Jaya.

Katanya hotel bertaraf empat dan lima bintang tersenarai kerana wujud permintaan daripada kedutaan luar negara untuk penginapan yang lebih selesa.

“Ada juga yang baru pulang luar negara mahu memilih sendiri hotel dan sanggup menampung kos sendiri,” katanya.

Namun katanya individu yang perlu dikuarantin hanya boleh memilih penginapan di kawasan berdekatan mereka sahaja.

Kerajaan mengisytiharkan 63 premis tambahan milik institusi, sektor awam dan hotel bertaraf lima bintang, sebagai stesen kuarantin, selaras Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan menjadikan jumlahnya sebanyak 472 premis. Kesemua premis ini ditanggung oleh Kerajaan.

Daripada senarai ini 31 daripadanya adalah hotel yang pastinya telah memberikan kelengkapan yang cukup seperti televisyen, katil, makanan, air-cond, wifi dan sebagainya

  1. Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah
  2. Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Siputeh, Perak
  3. Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA Kampus Teluk Intan, Teluk Intan, Perak
  4. Arena Badminton Perak, Ipoh, Perak
  5. Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
  6. Institut Tadbiran Islam Perak, Ipoh, Perak
  7. Kolej Kejururawatan Kuantan, Kuantan, Pahang
  8. Hotel The Cool Point, Tanah Rata, Pahang
  9. Hotel Monaco Boutique, Kota Kinabalu, Sabah
  10. Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, Keningau, Sabah
  11. Linawa Hostel, Kompleks Sukan Ranau, Ranau, Sabah
  12. Rumah Rehat Sri Aman, Sri Aman, Sarawak
  13. Rumah Temuai Nanga Merit, Kapit, Sarawak
  14. Pusat Giatmara W.P Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
  15. Hotel Adya Chenang, Langkawi, Kedah
  16. Tanjung Rhu Resort, Pulau Langkawi, Kedah
  17. Golden Sands Resort by Shangri-La, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
  18. Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
  19. Felda Residence Trolak, Sungkai, Perak
  20. Best Western Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor
  21. COOP Hotel Putrajaya dan Cyberjaya, Dengkil, Selangor
  22. Dorsett Grad Subang, Subang Jaya, Selangor
  23. Four Points by Sheraton, Puchong, Selangor
  24. FOX Lite Hotel Dpulze-Cyberjaya, Cyberjaya, Selangor
  25. Hilton Garden Inn Puchong, Puchong, Selangor
  26. Hilton Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor
  27. Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor
  28. Hotel Sunway Clio, Petaling Jaya, Selangor
  29. Hotel Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor
  30. Qliq Damansara, Petaling Jaya, Selangor
  31. Dorsett Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  32. Ancasa Express @ Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  33. Cosmo Hotel Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  34. Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  35. Furama Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  36. Grand Millenium Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  37. Hilton Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  38. Holiday Inn Express Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  39. Hotel Royal Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  40. Ibis Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  41. Ibis Styles Kuala Lumpur Fraser Business Park, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  42. Hotel Impiana KLCC, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  43. J-Hotel by Dorsett, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  44. Living at Dsulaiman, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  45. Hotel Plaza Grand Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  46. Hotel Premiera Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  47. Ramada Suites Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  48. Silka Cheras, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  49. Swiss-Inn Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  50. The Pearl Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  51. Hotel Crytal Crown, Johor Bahru, Johor
  52. Felda Residence Tanjung Leman, Mersing, Johor
  53. Hotel Hallmark Regency, Johor Bahru, Johor
  54. Hotel Millesime, Johor Bahru, Johor
  55. Hotel New York, Johor Bahru, Johor
  56. Swiss-Inn Johor Bahru, Johor Bahru, Johor
  57. Hotel V8, Skudai, Johor
  58. Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang
  59. Grand Dormani Rajah Court Hotel, Kuching, Sarawak
  60. Hock Lee Hotel and Residences Tower A and Tower B, Kuching, Sarawak
  61. Hotel Kuching Park, Kuching, Sarawak
  62. Ming Garden Hotel and Residences, Kota Kinabalu, Sabah
  63. Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah

Tular sebelum ini seorang individu memuat naik di twitter yang dia di kuarantin di Hotel Hilton.

Menerusi laman sosial Twitter, wanita yang menggunakan akaun @AisyRumaisha berkongsi empat keping foto keadaan bilik hotelnya yang serba mewah untuk tatapan umum.

“Dari New Zealand pesawat 5 April harini, pulang ke Malaysia di musim COV1D-19, ditempatkan di pusat kuar4ntin, selama 14 hari yang terletak di Hilton Hotel, PJ. Nak lihat keadaan tempat ini?” tulis wanita berkenaan menerusi satu kicauan.

Wanita tersebut turut berkongsi dia diberikan makanan dan perkhidmatan WiFi secara percuma.

Hasil tinjauan di Twitter, perkongsian wanita ini mendapat maklum balas negatif daripada wargamaya.

Bukan sahaja mereka tidak berpuas hati wanita ini bercuti ketika p4ndemik COV1D-19 melanda dunia, malah mereka tidak bersetuju apabila golongan ini diberi penginapan mewah berbanding para petugas barisan hadapan.

Sumber Gempak/Hellokerja