Lagi seminggu nak majlis kahwin f amily Aliya batalkan perkahwinan sebab Aliya. Aku tengok Angah daripada pemalu terus jadi pendiam.

Tauladan

hai . aku ara. straight to the point aku nak cerita pasal abang aku yg mesra dipanggil angah. aku ada 3 org abang. along, angah dengan alang. along si womanizer tapi belum tahap kritikal. alang si anime freak , will do anything for his anime and angah , si pemalu yang susah nak bagi hilang malu tu.

Angah aku sangat pemalu . serius pemalu dia kalah aku dan adik perempuan aku. kalau orang dtg rumah, dia yg menyorok dalam bilik. Antara abang2 aku, angah ni paling hensem. serius talk. kawan2 aku pun ramai yg crush dengan angah. Tapi dek sifat pemalu dia, dah 27 tahun hidup, dia langsung tak ada kawan perempuan. girlfriend apatah lagi. perempuan rapat dalam hidup dia , ibu, aku dan adik aku. Dengan cousins and makcik2 aku pun dia malu. Sangat berbeza dgn along, sangat ramai kawan perempuan sampai ibu pening kepala. Mana taknya , banyak kali phone berdering dek call dari perempuan yang tak segan silu nyatakan hasrat untuk mempersuamikan along.

Dalam pemalu angah ni, dia ada simpan perasaan kat seorang gadis ni. Aku namakan dia kak aliya. Dia ni serius aku tak berkenan. Maybe naluri seorang perempuan dan kadang naluri tu tepat. Kenapa tepat ? Tunggu sampai habis story ni. Kak aliya ni dah ada bf. Hari2 dating , hari2 upload gambar dengan bf kat ig . Angah minat kat kak aliya ni since sekolah rendah lagi . Tapi dia tak berani confess sbb malu.

One day, kami dapat tahu kak aliya dah putus dengan bf dia. Adik aku galakkan angah untuk mengorat kak aliya. Beria kami ubah angah supaya kurang tahap pemalu dia. So angah start mesej kak aliya. Then angah cerita yg dia dah confess kat kak aliya tapi kak aliya bagi syarat taknak couple. Kalau nak terus bertunang dan kahwin. So ibu dengan abah pergi la meminang depan rumah ni. Yes kak aliya ni jiran kami je . Dan angah pun bertunang.

Family kak aliya letak hantaran 25k . Like seriously . Alasannya , kak aliya ada degree , kerja elok (law firm) family dari keturunan terhormat ( dia ada darah syed sharifah) , parent yang high class ( dato datin, taktau la beli atau ori ) . Dan dia kata itu dah kira murah. Ibu abah suruh angah consider balik tapi angah cakap dia sanggup. Family kami pun bukan cikai mana. Both my parent work as lecturer. Angah pun ada master and ada small company. Ibu nak tolong angah bab hantaran tapi angah takmau. Dia kata dia nak kahwin biar dia usaha. Memang nampak angah usaha untuk cari duit. siang malam dia bekerja , siapkan drawing client. Kadang weekend pun kerja. Tapi aku perasan , kak aliya macam tak kisah pun struggle angah tu.

Lagi seminggu nak menikah, family kak aliya mintak batalkan majlis. Alasannya kak aliya tak bersedia . Kepala dia tak bersedia, lagi seminggu kot. Aku nampak betapa kecewanya angah. Semua dah dia sediakan. 100% dia tanggung majlis tapi senang2 je nak batalkan. Rupanya kak aliya dah getback dengan bf dia. Along cakap sebenarnya banyak kali dah dia terserempak dengan kak aliya dgn bf dia tapi dia tak sampai hati nak cerita kat angah. Sebab dia nampak betapa happynya angah masa prepare untuk majlis. Walaupun da sebulan lebih berlalu , aku tahu angah masih kecewa. Bukan takat pemalu sekarang dia dah jadi pendiam. Dulu dia takat malu dan diam bila dengan stranger tp dengan adik2 dia sgt sweet dan penyayang , sekarang susah sgt nak interaksi dengan dia. Ibu jangan cakap la , sedih tengok keadaan anak dia.

So to woman and girl outside there, tolong la jangan bagi harapan palsu untuk rawat frust korang. Tau tak , lelaki ni ada perasaan jugak. Cuba benda ni jadi kat family korang . Siang malam cari duit nak halalka korang, tapi korang pilih yg haram jugak. Bukan tak redha atas ketentuan ilahi, tapi sekadar sepicis pesanan untuk kita semua.

– Ara