“Lain mcm ibu punya delivery.. buyer tak perlu naik tingkat 4” – Ala Do Re Mi, Gadis Kongsi Kisah Ibu Meniaga Pakai Tali .

Keluarga Santai Semasa


Teknik ‘delivery’ seorang suri rumah yang menjalankan perniaagaan makanan secara kecil-kecilan di kediamannya sendiri dipuji oleh netizen.

Tular dikalangan warganet, seorang pengguna Twitter bernama Nadeeeeeeya menceritakan kisah ibunya yang menghantar makanan menggunakan tali kepada pelanggan di tingkat bawah rumah.

Ibu saya fully house-mother, jaga enam orang anak kawan-kawan dia. Bila ada masa, ibu jual cheezy wedges and macaroni cheese.

“Tapi lain macam sikit ibu punya delivery. Buyer tak perlu naik atas tingkat empat sebab kita boleh drive thru macam ni! Doakan semoga ibu murah rezeki selalu ya,” tulis Nadeeeeeeya.

Menjimatkan masa dan tenaga, netizen memuji cara wanita ini dan mendoakan agar rezekinya dimurahkan. 

Selepas berita itu tular, Nadeeeeeeya berterima kasih kepada semua netizen yang mendoakan rezeki ibunya.

“Terima kasih pada yang mendoakan rezeki ibu saya. Ibu hargai sangat doa korang. Pada yang nak beli, bolehlah datang Casmaria Apartment, Taman Samudra. Belakang Giant Batu Caves,” tulisnya lagi.

Sehingga kini, entri Twitter yang dimuat naik oleh Nadeeeeeeya mendapat lebih 30,000 ulang kicau (retweet) dan 20,000 tanda suka.

sumber : Astro Gempak