(Video) Kena Kuar4ntin Dengan Semua Lelaki, Mak Ny4h Cerita Apa Sebenarnya Yg Terjadi

Semasa Tempatan

Johor Bahru: “Mula-mula masuk rasa seg4nlah, tapi dalam sehari dua saya dah dapat biasakan diri,” kata mak ny4h dikenali sebagai Lala, 26, yang dikuar4ntin di Pusat Kuar4ntin dan raw4tan cov1d-19 (PKRC) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di Pasir Gudang, di sini.

Dia ditempatkan di PKRC itu pada 21 Mei hingga 29 Mei lalu selepas disahkan positif cov1d-19.

Lala berkata, ketika mula ditempatkan di situ, dia segan dan malu, namun lama kelamaan dia dapat menyesuaikan diri.

“Syukur alhamdulillah… kami semua dah macam satu keluarga. Tak ada yang menyakat, semua dah macam kawan dalam PKRC.

“Di PKRC layanan semua baik, banyak aktiviti yang kami buat dalam itu termasuk bersenam, malah saya juga ada bantu pasukan Ihsan Johor jalankan aktiviti untuk penghuni PKRC.

“Saya ucapkan terima kisah pada pasukan Ihsan Johor dan PKRC Pasir Gudang kerana menjaga kami dengan baik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bercerita lanjut, Lala berkata, ketika mula-mula disahkan positif cov1d-19, dia mengalami simptom seperti demam dan s4kit kepala beberapa hari.

Katanya, apabila Kementerian k3sihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hendak menghantarnya ke pusat kuarantin, dia berasa sed1h dan emosinya sangat terganggu.

“Mak (ibu) beri kata-kata semangat kepada saya. Apabila masuk pusat ku4rantin, saya murung sekejap, duduk dekat katil sahaja.

“Sampaikan kawan di PKRC itu yang ambilkan makanan, alhamdulillah bila dah rapat dengan mereka, semua macam satu keluarga.

“Saya tenang dan bahagia sampai satu masa bila dah dibenarkan pulang, semua rasa sed1h,” katanya.

Mengenai gambar dan video yang tular di media sosial, Lala berkata, dia tidak kisah mengenai pandangan negatif masyarakat.

Katanya, ada warganet yang baik dan mendoakan perkara positif buat dirinya.

“Saya tak kisah pun, tetapi saya ambil komen yang postif sahaja daripada memikirkan komen n3gat1f warganet,” katanya

@syafiqamshar97

Ada bunga #fyp #foryoupgepage #for #you #page

♬ nhạc nền – Chang ♥️ – Chang ♥️

@syafiqamshar97

Reply to @dayaa196 part 2 ..Paling pelik bila nampak dia masuk tempat laki hahahaha..bunga penghibur blok E..#fyp #for #you #fypシ @nur_lala95

♬ Ku Puja Puja – DJ Kentrung Remix – Kalia Siska

Sumber: HMetro, Tiktok

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.