Lelaki Kutip Teddy Bear Di Tempat S4mpah, Rupanya Nak Bawa Balik Rumah Bagi Kat Anak

Keluarga Semasa Tempatan

Tidak dapat dinafikan, kasih sayang dan pengorbanan seorang lelaki bergelar ayah adalah sangat tinggi dan tidak ternilai harganya.

Di depan isteri dan anak-anak, mungkin mereka nampak gagah dan ‘jantan’. Tapi di belakang, air mata, penat, sakit, semuanya dipend4m.

Asalkan dapat berikan yang terbaik buat insan-insan tersayang di rumah.

Baru-baru ini, seorang warganet Azri Walter berkongsi kisah pengalamannya yang sempat bersemuka dengan seorang ayah di lampu isyarat.

Perbualan mereka ringkas sahaja, tapi amat mendalam ceritanya. Mari sama-sama hayati kisahnya di bawah ini.

Gambar: Azri Walter

Tadi saya nak pergi office di Putrajaya. Jalan lengang waktu itu. Saya memandu sambil chill layan angin petang.

Waktu nak sampai di lampu isyarat, saya nampak seorang lelaki bawa motor. Saya nampak dia macam ada bawa sesuatu.

Saya rapatkan kereta dan saya jenguk. Memang betul. Dia bawa teddy bear besar.

Kebetulan lampu merah. Saya berhenti bersebelahan dengan dia. Saya turunkan tingkap dan tanya,

“Bang, besar teddy bear tu. Nak bawa ke mana tu?”

Dia angkat tunjuk dekat saya. Dia buka pelitup muka dan dia cakap,

“Ya bang. Ini saya jumpa waktu kerja tadi. Dekat tempat s4mpah ada orang bvang, saya ambil bang,”

Saya tanya lagi,

“Tu nak bawa balik bagi anak ke?”

Dia terdiam. Dia pandang teddy bear tu, dia pandang saya. Saya pandang dia. Tajam renungan dia lalu dia berkata,

“Ya bang. Anak saya lagi mahu teddy bear. Kelmarin ada nampak di kedai. Tapi harganya mahal sangat. Boleh buat lauk makan keluarga bang (sambil ketawa).

“Ini bear tadi saya jumpa dekat tempat s4mpah, masih elok. Memang rezeki dia. Nanti saya basuh bersih, saya bagi dia mesti dia suka,”p

Ya Allah. Sayu bunyinya. Saya tergamam kejap. Lampu bertukar hijau. Dia angkat tangan dekat saya. Saya cakap dekat dia,

“Hati-hati bang. Nak hujan ni. Abang memang ayah terbaik,”

Gambar: Azri Walter

Sekejap sahaja Tuhan hantarkan saya peringatan. Atas apa jua kepayahan yang sedang kita lalui, ada orang lebih susah daripada kita.

Begitulah kasihnya seorang ayah. Kita selalu dengar kisah peng0rbanan ibu dan para wanita. Namun, usah kita lupa peng0rbanan para lelaki.

Setiap hari mereka keluar mencari rezeki. Entah hujan, entah panas.

Tak siapa yang tahu apa dilalui setiap hari bagi memastikan ada nasi di atas pinggan untuk keluarga.

Lelaki ini memang jenis tak suka sangat bercerita apa yang mereka lalui di luar.

Gambar: Azri Walter

Tanggungjawab di bahu yang dipikvl bukan mudah. Kadang tu, atas motor tak perasan air mata berlinang. Betul tak?

Buat para lelaki, moga terus kuat semangat semuanya. Setiap tanggungjawab ini, ada ganjaran pahala di sisi Tuhan.

Mari kita semua bersama-sama terus mel4wan kerasnya hidup ini. Kita tidak boleh pvtus asa kerana di belakang kita ada harapan yang perlu dipenuhi.

Kalau rasa d0wn, tatap sekejap wajah-wajah insan yang Tuhan amanahkan untuk kita.

Nescaya, membara semangat!

Azri Walter
#f2fmafia

 

Sumber: Azri Walter, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.